Sebelum tu, maii kita share pasal jaundice pada bayi baru lahir..
Jaundice
Tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir..Bila kita tekan kulit bayi, ada nmpak cam tompok kuning.. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir.
Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari ke 4 dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundice bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.
Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu..kita panggil dia uri. Maknanya kat sini sisa buangan bayi dibantu oleh si ibu. Tapi, selepas bayi lahir, badannya sendiri akan melakukannya.
Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Kalau kandungan bilirubin tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi.
Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Tapi, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning. Kalau level bilirubin terlalu tinggi, biasanya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.
Sian anak kena dok dalam nie..huhu
Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi!
Dinasihatkan utk susukan bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi. Cara apa bayi boleh membuang najis dgn cepat? Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu!
**Bukan susu kambing, air masak atau susu formula dan bukan ayaq sengkuang cina bagai.
Ct:Sarakids