Jumaat, 25 April 2014

Susu Ibu & Bayi Pramatang

Susu Ibu Sangat Membantu Dalam Perkembangan Bayi Pramatang





Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi. Tak kira lah bayi tu dilahirkan cukup bulan ataupun pramatang. Walaupun ye kita rasa susah nak susukan si kecil nie (bayi pramatang), tapi percayalah berkat kesungguhan si ibu pastinya si kecil nie akan terus membesar dengan sihat. So mommies yang telah pun selamat melahirkan & even bayi anda bayi pramatang, tolong jangan berhenti berusaha untuk susukan bayi anda !


Selalunya, emosi ibu yang melahirkan bayi pramatang akan terjejas sikit. Rasa berbelah-bahagi sama ada nak menyusukan bayi ataupun tak sebab terlalu fikirkan nasib anak yang mempunyai peluang 50-50 untuk hidup.

Walaupun tak mampu nak menyusukan bayi secara terus, ibu tetap perlu memerah susu sebaik melahirkan. Sebabnya, susu perahan itulah yang akan membantu bayi meneruskan kehidupannya.

Sebagai permulaan, ibu perlu memberi kolostrum kepada bayinya. Bayi pramatang selalunya akan menghadapi kesukaran untuk menyusu terus dari ibunya. Ini kerana otak bayi masih belum matang untuk mengendalikan keupayaan menghisap dan menelan. Mereka juga lebih berisiko mendapat jangkitan kuman.


Sebab tu lah ye, teknik gavage feeding biasanya digunakan, di mana tiub akan dipasang dari hidung terus ke perut bayi. Walaupun kolostrum pekat, ia berupaya untuk dialirkan ke perut bayi dengan bantuan graviti. Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah.


Pemberian kolostrum sangat penting bagi bayi pramatang kerana selain memberi perlindungan pertama dari jangkitan penyakit, ia turut mengandungi modular tumbesaran yang membantu sistem penghadaman bayi untuk bersedia menerima pemakanan melalui mulut dengan lebih cepat.


Kajian menunjukkan bayi pramatang yang diberi susu formula akan muntah dengan lebih kerap dan terpaksa meneruskan pengambilan makanan melalui tiub lebih lama. Mereka juga lebih berisiko mendapat jangkitan kuman.


Ketika sesi perahan, ibu digalakkan melakukannya berhampiran bayi. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi boleh membantu ibu dalam proses memerah susu. Apabila ibu memerah susu dan pada masa yang sama melihat bayi, naluri keibuan kuat dirasai sekali gus menjadikan proses mengepam menjadi lancar. Sebaliknya, jika berasingan daripada bayi, susu sukar keluar akibat ibu stress dan asyik memikirkan keadaan bayi.


Menyentuh tentang pengendalian susu perahan untuk bayi pramatang, aspek kebersihan haruslah dijaga ye.. Untuk itu, setiap kali sebelum mengepam, tangan perlu dicuci. Selesai mengepam, susu perlu disimpan di dalam bekas yang bersesuaian.


Susu perahan yang hendak dibekalkan kepada bayi setiap hari perlulah segar. Oleh kerana itulah lebih baik jika jarak hospital dan rumah berdekatan. Jadi mudahlah urusan penghantaran susu dibuat.








Tidak Cukup Berat

Namun, ada kajian di luar negara menyatakan penggunaan susu perahan susu akhir ibu (hindmilk) dapat membantu bayi pramatang yang amat kurang berat lahirnya. 

Apa yang boleh dilakukan ialah ibu perlu memerah keluar susu awalnye(foremilk) terlebih dahulu dan disimpan secara berasingan untuk kegunaan akan datang. Kemudian susu akhirnya dikumpul dalam bekas yang akan dihantar ke hospital.

Kandungan susu akhir didapati mengandungi lemak, vitamin, protein dan tenaga yang lebih tinggi berbanding susu awal. Jadi, penggunaan susu akhir ini dapat mempercepatkan pertambahan berat bayi.


Dalam beberapa kajian didapati bayi yang berumur seawal 32 minggu (usia kandungan) dengan berat 1100g sudah boleh menyusu terus ke payu dara. Walau bagaimanapun, kebanyakan bayi pramatang memulakan penyusuan pertamanya secara efektif pada umur & berat yang lebih sedikit daripada ini.



Setelah ibu dibenarkan keluar hospital, ibu masih perlu terus mengepam di rumah. Di rumah ibu perlu mengepam 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. Kesan rangsangan yang kerap, pengeluaran susu akan bertambah banyak dari sehari ke.