TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN KALI PERTAMA
Ye..ye..Saya percaya mommies kat luar sana la nie semua da tau dah betapa hebatnya kuasa susu ibu nie. DAN. Seboleh2nya nak susukan sendiri anak..Huihh, mak mana yang tak mau susukan anak dengan susu badannya sendiri..??? kannn....
Tapi hakikatnya tak semua hasrat ibu yang nak menyusukan anak dilaksanakan dengan mudah. Ada yang
terus bagi susu formula bila bayi lahir.
KEBANYAKKANNYA kerana:
- Ibu tak tau pasal kolostrum pada minggu pertama kelahiran.
- Ibu rasa susu ibu terus ada selepas bayi dilahirkan.
- Ibu ingat yang kalau tak dak susu yg keluar semasa hamil, maka tiada susu selepas bersalin
- Ibu stress bila bayi sering menangis
- Ibu dipengaruhi orang sekeliling supaya memberi bayi susu formula..mak mertua ka even ibu sendiri....sedih..
CEMANA NAK BUAT??
(1) DAPATKAN MAKLUMAT YANG BETUL TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU
Ada banyak fahaman yang salah tentang penyusuan susu ibu. Contoh: saiz breast yang kecil, keturunan tiada susu dll dianggap sebagai penyebab ibu tak boleh menyusukan anaknya.
La nie kan, bakal ibu boleh cari n dapat banyak maklumat dari buku-buku berkaitan, internet, serta kelas-kelas penyusuan yang dijalankan di seluruh negara.
(2) DAPATKAN SOKONGAN
Sokongan sangat penting bagi ibu menyusu, terutama ibu baru.. kiranya baby sulung la.. Sebabnya, ibu yang baru melahirkan anak berada dalam fasa emosi kurang stabil, perubahan hormon serta kepenatan menguruskan si kecil..Walaupun ada yang membantu.
Sokongan kuat haruslah dari suami sendiri, dari family, kawan2 yang juga menyusukan anak mereka serta kumpulan sokongan susu ibu yang ditubuhkan di seluruh negara.
(3) DIDIK KELUARGA TENTANG SUSU IBU
Masih ada golongan masih lagi dok ingat susu formula sebagai susu terbaik untuk bayi. Didiklah anggota keluarga terutama ibu bapa, mentua, adik beradik, dsb tentang kebaikan penyusuan susu ibu..
(4) BELAJAR JADI IBU BAPA
Ramai bakal ibubapa lebih 'bersedia' nak sambut kelahiran anak pertama dengan perkara yang berbentuk material..Conto, katil baby lah, tilam baby lah, kelambu lah..But please.. Belajarlah dengan membanyakkan membaca dan perkongsian tentang ilmu keibubapaan, terutama tentang pengurusan bayi baru lahir.
Walaupun
naluri keibuan tu orang kata mai sendiri tapi knowledge sangat penting bagi
menghadapi saat-saat tak terduga. Macam bayi selalu nangis & ramai yang
ingat bayi dok lapar, sedangkan bayi ada 1001 sebab untuk menangis.
(5) KEKUATAN ROHANI
Ramai yang mengadu " aku dah buat semua dah..tapi tak jadi jugak..". Kita kena selalu beringat yg hidup ini adalah kerana rahmat Yang Maha Esa. Kita kena teruskan usaha secara fizikal, banyakkan berdoa, bertaubat, berzikir
Beberapa Tips Untuk Ibu Baru:
i- Pilihlah untuk bersalin di hospital rakan bayi
ii- Jangkakan bahawa seminggu pertama susu matang masih belum ada, yang ada cuma kolostrum dan payudara ibu mungkin hanya bengkak pada hari ke-4
iii- Susukan bayi mengikut kehendaknya
iv- Bayi menangis tidak semestinya dia sedang lapar
v- Bergembiralah! Nikmati pengalaman menyusukan yang paling hebat abad ini!!!
Kalau nakkan set penyusuan terhebat dari Shaklee, boleh ke sini.