Khamis, 22 Mei 2014

Vitamin Untuk Kanak-Kanak Sihat

Adakah Vitamin Perlu Untuk Kanak-Kanak Sihat ??



Ye..

Sebaik-baiknya anak-anak perlu mendapatkan vitamin daripada diet yang seimbang yang merangkumi : 

  • bijirin pernuh 
  • protein seperti ayam ikan, daging
  • buah-buahan dan sayuran segar 
  • susu, produk tenusu seperti keju, yogurt

Kenapa Mereka Perlukan Vitamin Tambahan?



Haa..memandangkan kebanyakkan masa ibubapa sekarang nie sangat terhad tapi tak semua (selalunya dikaitkan dengan beban kerja), jadi masa untuk memasak di rumah tu agak terbatas. Sebab tu lah ye, pakar kanak-kanak mencadangkan satu multivitamin setiap hari untuk:

  1. Kanak-kanak yang secara keseluruhannya lebih kepada makanan segera
  2. Kanak-kanak yang cerewet dalam bab makan
  3. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, asma dll.
  4. Kanak-kanak yang sangat aktif dengan rutin harian seperti bermain sukan.
  5. kanak-kanak yang suka minum minuman ringan - yg boleh 'menghilangkan' vitamin dan mineral dari tubuh mereka


Overall



Antara vitamin dan mineral yang diperlukan mereka:

a) Vitamin A - Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang normal. tisu dan pertumbuhan tulang kuat, kulit yang sihat, mata, sistem imun. Sumber terbaik termasuklah susu, keju, sayuran yang berwarna kuning.

b) Vitamin B, B2, B3, B6 dan B12 - untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga, untuk sistem peredaran darah serta saraf yang baik. Sumber terbaik termasuklah dari ayam, daging, ikan, kekacang dll.

c) Vitamin C - untuk menggalakkan otot yang sihat, kulit, pertumbuhan tisu yang baik. Antara sumber vitamin C ialah buah-buahan sitrus, strawberi, kiwi dll.

d) Vitamin D -  Menggalakkan pembentukan gigi dan tulang yang kuat, membantu tubuh menyerap kalsium. Antara sumber terbaik; produk2 tenusu, kuning telur, minyak ikan dll.

e) Kalsium - membantu membina tulang yang kuat, Sumber: susu, yogurt, produk tenusu dll

f) Zat Besi - Untuk membina otot, untuk pembentukan sel-sel darah merah. Sumber: buah jambu, bayam, dll



Well, pemakanan yang baik bermulanya dari rumah. Pelbagaikan menu harian anak-anak anda. Biasakan mereka dengan piramid makanan. Walaupun its a bit challenge, kita as a parents seharusnya lebih peka apa yang terbaik buat anak-anak. Sebolehnya, elakkan menjamu mereka dengan makanan segera yang kebanyakkannya tidak berkhasiat. 








huda 
Id Shaklee: 1071145
FB: Nurul Huda Sobari


1 ulasan:

  1. info yang sangat bagus !!!
    http://cantikmenawansihat83.blogspot.com

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^