Rabu, 31 Disember 2014

Bapa Juga Mampu Susukan Anak

Bapa & Penyusuan Susu Ibu


Kita kena tahu ye, bapa adalah orang ketiga penting untuk dirujuk oleh ibu sekiranya mereka ini menghadapi masalah penyusuan. (selepas nurse dan pakar laktasi)

Kajian telah pun membuktikan yang sokongan padu daripada suami dapat memastikan penyusuan susu ibu berjalan dengan lancar dan dapat diteruskan dalam jangkamasa yang lama. 98% ibu yang berjaya menyusukan anaknya mempunyai pasangan yang menghargai penyusuan susu ibu (tahniah! ^_____^)

Sebab itulah, kita (suami isteri) kena ada ilmu penyusuan. Tak kiralah sikit ataupun banyak.



Apa Yang Bapa Boleh Lakukan?

  • Bersedia mendengar luahan hati isteri dan yakinkan kepadanya yang anda juga sentiasa berada di sisi. 
  • Berikan kata-kata semangat kepada isteri dengan mengingatkan kembali saat-saat menyusukan anak.
  • Nyatakan rasa yakin anda kepada isteri yang dia mampu menyusukan anak dan mampu berikan yang terbaik buat anak.
  • Membantu menguruskan si kecil terutamanya pada awal pagi (terutamanya selepas kelahiran)
  • Membantu menyediakan alat perahan susu.
  • Membantu membersihkan alatan mengepam dan simpan stok susu ditempat yang sepatutnya.


Lagi Bagus Kalau Bapa...


  • Mendodoikan anak dengan irama perlahan, zikir, ataupun bacaan Al-Quran
  • Getaran suara bapa berupaya menenangkan dan menidurkan bayi
  • Satu cara lagi ialah meletakkan bayi di atas dada bapa yang berbaring
  • Telinga bayi dapat mendengar degupan jantung dan gerakan perlahan pernafasan bapa seolah-olah membuai bayi untuk tidur...


Google: Naah...3 sekali ^_________^




Sumber: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu



Agak-agaknya...???

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com