ALHAMDULILLAH..
pagi
nie Allah bagi idea nak bercerita. Semua nie gara-gara satu artikel yang aku
baca semalam..tentang seorang wanita yang telah dibuang rahimnya disebabkan
oleh penyakit ENDOMETRIOSIS..!! DAN walaupun rahim dah kena buang TAPI masih
ada lagi saki baki endometriosis dalam badannya tu..ALLAHUAKBAR..semoga semakin
tabah ye sis..
Sebelum kita
‘over ‘ story pasal si endo nie, mai kita baca sikit luahan hati sis nie
(another person)…
“Saya
adalah salah seorang wanita yang tak bernasib baik kerana menghidap
Endometriosis. Mula mengalami kesakitan teruk semasa datang bulan sewaktu di
Tingkatan 4, akhirnya didiagnosis cuma di tahun ketiga di universiti. Sebelum
tu dah berkali-kali ke klinik dan hospital, balik-balik diberitahu saya cuma
senggugut, kencing kotor dan paling teruk, ada doktor tuduh saya mengandung di
luar rahim, sebab semasa membuat scan, nampak segumpal darah terkumpul di luar
rahim saya. Malu dan sakit hati, lepas tu saya cuma makan painkiller,
sambil-sambil berusaha mencari sendiri apa penyakit saya..”
SEDIH kan..??
Kita pun mesti tertanya, APA DIA ENDOMETRIOSIS nie?? Tak pernah dengar ponn..WELL,
macam saya jugak!! Mula2 tak tau then tanya encik GOOGLE..
Bagi yang tak
tahu, boleh baca info di bawah..yang dipetik dari web Dr.Hamid Arshad.
INTRO
Penyakit
endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai
yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai
wanita yang menghidapinya. Di ANTARA MASALAH yang ditumbulkan oleh penyakit ini
ialah SENGGUGUT DAN KESAKITAN, KEMANDULAN DAN KEGUGURAN YANG MUNGKIN
BERULANG-KALI. IA JUGA BOLEH MENYEBABKAN BERBAGAI JENIS MASALAH SEPERTI
PENDARAHAN, GANGGUAN KENCING, KESAKITAN dan lain-lain.
APA
ITU ENDOMETRIOSIS
-tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim-
Satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam
rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya
luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu
yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria,
menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
APAKAH
TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah
perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi
dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada
setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut
ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang
dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk
kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian
pinggang.
-senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang-
Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari
sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan
ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti
kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini
berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di
peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada
kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia
menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan
janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur
berulangkali.
Lain
lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah
berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian
pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar
waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku
perdarahan di luar waktu haid.
RAWATAN
PENYAKIT ENDOMETRIOSIS Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor
mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh
senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil,
kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali
penyakit endometriosis ini.
-tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil-
ANTARA
AMALAN YG SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU “MENGAWAL” PENYAKIT NIE…
Kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit
endometriosis dari berulang.
Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang
menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau
kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri
untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk
menangkis stress.
Like what my friend said..JANGAN MAKAN FAST FOOD & AIR
SOYA (hmm tak bagus)..