Jumaat, 7 November 2014

Adakah ANDA Berada dalam Golongan BERISIKO TINGGI?

ANDA BERISIKO??

TAHUKAH ANDA pneumonia adalah penyebab kematian nombor 2 tertinggi di Malaysia?

Penyakit pneumokokal telah menjadi penyebab kepada 1.6 juta kematian yang dianggarkan setiap tahun di seluruh dunia, TERUTAMA SEKALI DI KALANGAN BAYI DAN GOLONGAN TELAH LANJUT USIA. Pneumonia adalah penyebab kematian nombor 2 tertinggi di Malaysia.

APAKAH PENYAKIT PNEUMOKOKAL?

Ia adalah jangkitan yang berpunca daripada bakteria Pneumokokal,  antaranya adalah:

● Meningitis ( jangkitan erhadap cecair disekeliling otak dan saraf tunjang )

● Pneumonia ( jangkitan terhadap paru-paru )

● Bacteremia ( jangkitan di dalam saluran darah )

● Otitis Media ( jangkitan terhadap telinga tengah )

BAGAIMANA PENYAKIT PNEUMOKOKAL TERSEBAR?

Bakteria penyebab penyakit pneumokokal boleh tersebar secaa terus daripada individu kepada individu lain, termasuklah batuk dan bersin, malah oleh individu yang sihat. 

APAKAH SIMTOMNYA?

● Demam
● Kesejukan
● Sakit Dada
● Peningkatan Kadar Denyutan Jantung
● Batuk
● Lemah
● Berasa Loya
● Sesak Nafas

SIAPA YANG BERISIKO?

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit pneumokokal.Tetapi yang lebih berisiko ialah:

● Semua golongan dewasa berusia 60 tahun ke atas
● Pesakit dengan masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung, sakit paru-paru, penyakit sel sabit, diabetes,  ketagihan alkohol dan sirosis.
● Perokok atau pesakit asma
● Kekurangan imunisasi menentang jangkitan apabila usia semakin lanjut.

CARA MENCEGAH PENYAKIT PNEUMOKOKAL

SUNTIKAN VAKSIN adalah CARA yang TERBAIK untuk mencegah penyakit pneumokokal.

Ihsan: Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd


2 ulasan:

  1. Takutnya penyakit ni.. Nama pun jarang dengar.. Tapi rupenya antara penyakit yang berisiko yer..kanak-kanak pun bleh kena juga..huhu.

    Tiada lagi migrain selepas amalkan 4 biji 'si putih' setiap hari

    BalasPadam
  2. Thanks dear sharing info..semoga kita semua dijauhkan dari segala penyakit

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^