Alhamdulillah..
Pepagi nie ternampak satu posting yang sangat menarik perhatian di fb. Satu posting dari seorang rakan yang selalu mengingatkan tentang Islam. Rugi rasanya kalau dibiarkan terperuk dalam tu tanpa dikongsi bersama. Sebab semua orang tak dapat lari dari dibebani HUTANG.Di sini ada sedikit cara yang mudah-mudahan dapat membantu. In sya Allah...
"..Ya Allah ya tuhanku Kau bebaskan lah diriku dari dibebani oleh beban hutang yang amat perit ini..!"
Bagaimana Nabi Mengajar Kita Untuk Keluar dari Beban Hutang? Semua orang berhutang. Tak percaya? Tiada apa yang perlu dimalukan. Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul. Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan berhutang mengikuti apa kata orang mau.
Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang yang berpanjangan.
Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.
“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah
kemauan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu
hutang dan tekanan manusia.”
Iaitu 4 langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari beban hutang:
1. Hilangkan perasaan susah dan sedih
Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini. Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana. Yalah, hutang sudah mengelilingi pinggang. Justeru , kita harus akui bahawa kita ada hutang.
Ya, kita akui. Bukan berada dalam penafian . Jangan hindari tapi hadapi situasi tersebut. Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesalahan masalah keuangan kita dan tentunya hidup mesti terus berjalan.
2. Tanam sifat rajin
Setelah berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin. Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin. Harus rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan. Tiada alasan, itu harus diikhtiarkan.
3. Menjadi berani dan banyak bersedekah
Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani. Jika tempat anda bekerja memberikan gaji yang tak cukup untuk keperluan anda, kita mesti berani mencari peluang perniagaan yang dapat menampung kos sara hidup kita. Tak kiralah walaupun sekadar menjual burger di depan rumah. Atau bila perniagaan pertama gagal, akan ada perniagaan lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan perniagaan. Dan pada masa yang sama, perbanyakkanlah sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya. Ya, jangan jadi bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.
Kuasa sedekah sangat power!!
4. Bayar hutang dengan sistematik
Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih. Namun jika duit lebih dan tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang ada hutang dan membuat jadual penstrukturan hutang yang sesuai. Contoh macam AAPK. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain yang datang menuntut hutang dengan pelbagai cara dan tekanan. Ya, hadapi mereka dengan berbincang secara baik. Pasti akan ada jalan keluarnya.
Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang
Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan membantu dengan caraNya yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakallah bersama dengan kita berusaha.
Terima kasih Shah Bin Iran :)