Isnin, 16 Jun 2014

Kebaikan Pisang

*** SESI TAMBAH ILMU ***

Assalamualaikum...

♥♥♥♥♥

Hari nie nak santai jer. Tak nak beratkan kepala memikirkan benda2 yang 'heavy' untuk di taip..

Pisang is one of my favourite fruit. Termasuklah anak-anak sekali.

♥♥♥♥♥

Kebaikan Pisang

PISANG mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian...

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.



**ppsstt...BERSAMBUNG :)

Anak2 plak dok buat bunyi bagai..
Nanti kita sambung lagi okay..

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145

Ahad, 15 Jun 2014

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Mendapat Osteoporosis

Assalamualaikum...

Hari nie berapa gelas susu yang kita dah minum? Minumlah sekurang-kurangnya 2 gelas susu berkalsium tinggi..^__^*

Orait. Seperti yang dijanjikan ye, hari nie nak sambung sikit pasal osteoporosis.  Tapi yang ini more on faktor-faktor yang meningkatkan risiko mendapat osteoporosis. Artikel nie diambil dari htaiping.moh.gov.my

Antaranya:

■ ATLET PROFESIONAL - yang menggunakan tenaga di tahap optimum seperti pelari marathon.

■ KURANG BERSENAM & DIET RENDAH KALSIUM - badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikan individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yg tinggi walaupun dengan nutrient yg cukup. Beberapa kajian menunjukkan bahawa senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan tulang (BMD) wanita yang menopause.

■ WANITA - lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3% kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5% setiap tahun bagi wanita.

■ BERBANGSA ASIA @ CAMPURAN ASIA - warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang tinggi berbanding warga Eropah dan Asia.

■ TERLALU KURUS & MEMILIKI KERANGKA TULANG YANG KECIL - berat badan berlebihan melindungi tulang daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat atau hormon leptin.

■ SEJARAH KELUARGA - ibunyg pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko 2x ganda lebih tinggi.

■ MENGALAMI KERETAKAN @ PATAH TULANG KETIKA DEWASA

■ MEROKOK & PENGAMBILAN ALKOHOL BERLEBIHAN

■ PENYERAPAN NUTREN & MAKANAN TIDAK SEMPURNA - nutrien yang tidak diserap dengan sempurna juga berisiko mendapat osteoporosis.

■ MENOPAUSE - wanita boleh kehilangan sehingga 4% kepadatan tulang setiap tahun untuk 5 hingga 10 tahun pertama selepas menopause. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30% dlm tempoh 10 tahun tersebut!!

■ PARAS HORMON RENDAH ketika menopause atau selepas melakukan pembedahan , embuang kedua-dua belah ovari.

■ RAWATAN KIMOTERAPI

■ AMENORRHEA - tiada haid dikalangan wanita muda yg menyebabkan estrogen rendah. Ia boleh terjadi kepada wanita yg melakukan senama terlalu ekstrim.

■ KURANG VITAMIN D - ia membantu badan menyerap kalsium dengan baik.

■ PEMGAMBILAN SESETENGAH UBAT - seperti heparian (untuk cairkan darah)

♡♡♡♡♡

Kalau anda dalam kategori seperti di atas, silalah cepat2 ambil tindakan. Makanlah lebih kalsium yg ada vitamin d sama. Minum susu atau makan makanan yg dari produk tenusu.

Nakkan satu vitamin yang lengkap dengan nutrisi yg berkaitan dengan kalsium dll, saya cadangkan OSTEMATRIX SHAKLEE. Complete.  ;)

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145

Sabtu, 14 Jun 2014

Kelebihan B Complex Shaklee

Assalamualaikum...

Entry kali nie straight to the point..^___^*
Nak cerita pasal Kelebihan B Complex Shaklee

♥♥♥♥♥♥♥

Manfaat Vitamin B Complex
Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1 (Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum)

Manfaatnya :
● melancarkan metabolisme
● melancarkan peredaran darah
● mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
● mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
● memulihkan gangguan saraf

Vitamin B6 (Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk)

Manfaatnya :
● melancarkan metabolisme
● meningkatkan kekebalan tubuh
● menjaga keseimbangan garam-garam mineral
● membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12 (Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut)

Manfaatnya :
● mencegah kerosakan urat saraf
● membantu pembentukan sel darah merah
● melancarkan metabolisme sistem tubuh
● mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Kekurangan Vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan Vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Kalau nakkan Vitamin B Complex Shaklee nie boleh la tinggalkan any mesej di ruang komen ataupun contact terus.

^_^*

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145

Apa Itu Osteoporosis?

Assalamualaikum...


Hari saya rajin kuasa 2. Sebab nak share pasal osteoporosis. Susah kan nak sebut osteoporosis nie? Tahu ke idok apa makna sebenar disebalik nama yg tergeliat lidah nk menyebutnya itu..? Heheee..


Apa Itu Osteoporosis?


Ia adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, sebab tu lah boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yg berlaku pada tulang rangka ini akan melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin tinggi. Tulang yang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.


Simptom


Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus  melainkan berlakunya keretakkan tulang dengan mudah.

Osteoporosis jarang berlaku di kalangan wanita muda tanpa penyebab lain yang mungkin dialami pada masamsama. Tapi awas ye pada mana-mana wanita yang badannya haluuuss jerr dan kecik comeeeyy jer..

"..wanita yg terlalu kurus dan memiliki kerangka tulang yang kecil mudah terkena osteoporosis berbanding dengan wanita yang berkerangka besar.."

*alhamdulillah, siapa yg punya rangka badan yg besar. Jangan mengeluh tau. Tak baik.;)
Hmm..ok lah. Next entry kita sambung tajuk "faktor yg meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis" nie.

*Kena rajin minum susu tau. Tak lalu susu, silalah telan Ostematrix Shaklee..hikhik

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167

Jumaat, 13 Jun 2014

Petua Gigi Putih Bersih

Assalamualaikum..

^__^*

Hari nie saya rajin sikit sebab nak bagi petua..hihi..Petuanya ialah menjadikan Gigi Lebih Putih.

Gigi merupakan antara aset yang paling penting. Jika gigi anda kekuningan sudah pastinya akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.

Jika anda adalah salah seorang yang tergolong dalam masalah nie, rilex..jangan risau..cool..^__^

Antra Petua Gigi Menjadi Lebih Putih

1. Colekkan sedikit kapur sirih dibahagian kapas. Gosok perlahan-lahan di celah-celah gigi yg kuning. Make sure selalu buat tau..

2. Bakar sebiji pinang sehingga hangus dan kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Bila dah selesai gosok, kumur ye..

3. Mrnggoreng sedikit biji asam jawa tanpa minyak dan kemudian di tumbuk halus dan ambillah debunya. Godok pada gigi setiap hari sampai nampak kesan putih..

4. Cara nie paling popular.  Guna abu. Bakar daun kelapa sehingga menjadi abu. Gosokkan pada gigi sampai putih..

Kemudian gunakan ubat gigi..

Selamat Mencuba !!!

^______^*

Huda 0134806167
Fb: Nurul Huda Sobari
Shaklee Id: 1071145

Khamis, 12 Jun 2014

Cara Pengambilan Phytocol-St Shaklee

Assalamualaikum..

Amboi..

Kenyang perut suka hati naa..Makan apa ye tengahari tadi? Mesti sedapkan sampai habis sepinggan ke dua pinggan?? ehehehee..

Eh, sedar ke tidak yang masakan Malaysia nie lebih kepada masakan yang berlemak dan berminyak?

Jaga-jaga,

Jangan sampai di cop doktor yang anda nie 'kaya' dengan kolestrol. BAHAYA derr..kalau rajin cerr google bahaya kolesteol tinggi..

Kalau anda seorang yang suka 'menikmati' makanan a.k.a kaki makan, pastikan Phytocol-St Shaklee sentiasa bersama anda.

Cara Pengambilan Phytocol-St Shaklee

Mudah jerr. Ianya umpama pakai deodorant selepas mandi. WAJIB.  Macam tu jugalah Phytocol-St Shaklee.

Ambil 2 BIJI SEBELUM MAKAN TENGAHARI & 2 BIJI SEBELUM MAKAN MALAM.

Tapi kan, kalau kita nie jenis yang xmakan malam, xyah ler telan Phytocol-St Shaklee nie..tau

Jadi dia akan stanby siap2 untuk menyerap kolestrol jahat!! - cenggitu lerr lebih kurang. Hehehee...

Sebotol Phytocol-St Shaklee nie ada 120 biji..

Kalau kita kaki makan, tahan ler sebulan. Kalau idok, tahan lerr lama sikit..

Harga sebotol Phytocol-St Shaklee nie RM 197. TAPI
kalau ahli jimat 25%-30% !!

Nak jimat banyak, jadi la ahli. Itu yang sebaik2nya.

Kalau ada apa2,
sms/call huda 0134806167
Fb: Nurul Huda Sobari

Phytocol-St Shaklee - Turunkan Paras Kolestrol

Assalamualaikum..

Phytocol-St Shaklee merupakan produk terbaru yang Shaklee dah pun keluarkan bulan lepas.

Secara amnya ye..

Ia diasaskan dari bahan-bahan yang telah terbuki secara klinikal mampu menyekat penyerapan kolestrol dan seterusnya merendahkan paras kolestrol jahat.

Okay...

Jomm kita tengok Apa Kelebihan @ Keistimewaan Phytocol-St Shaklee nie..

● Ianya dirumuskan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin.

● Ianya membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari.

● Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal yang mampu mengurangkan paras kolestrol.

● Ianya membekalkan 100% nilai fitosterol harian seperti yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan.

● Dan sudah semestinya ianya TANPA PENGAWET, PEWARNA, PERISA ATAU PEMANIS TAMBAHAN.


Bagaimana Fitosterol Bertindak?

Dengan struktur yang sama seperti kolestrol, fitosterol akan pastikan yang penyerapan kolestrol jahat dikurangkan. Ini bermakna apabila kita mengambil fitosterol maka peratusan penyerapan kolestrol jahat menurun.

Kiranya fitosterol akan menyerap segala makanan yg mempunyai kolestrol yg tidak diperlukan badan.