Jumaat, 21 November 2014

Nak Cantik Tapi Jangan Sampai Gadai Nyawa

Hati-Hati Beli Dan Buat Rawatan Kecantikan


Ihsan Google

Walaupun ramai yang tak nak mengaku, tapi percayalah hakikatnya memang ada di kalangan kita yang obses kepada kecantikkan! Hanya kerana hendak memiliki bentuk badan yang langsing, kaum wanita ini SANGGUP BUAT APA SAHAJA, ASAL CANTIK. Bila dah desperate, memang tak kira baik buruk dah. Main redah je. Bukan setakat mencuba pelbagai produk yang berlambak di pasaran dan melakukan rawatan di spa tapi ada yang sampai sanggup buat pembedahan plastik hanya semata-mata nak tampil sempurna!

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pakar Bedah Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) pada tahun 2011, 15 juta penduduk dunia menjalani pembedahan plastik hanya semata-mata untuk menambah daya tarikan pada diri mereka. Dan top country tahu negara mana?? Huda yakin korang semua mesti tahu punyalah. Negara itu ialah Korea, Jepun dan China!

Kiranya pembedahan plastik dah jadi macam satu sindrom dah kan? Orang ramai pun dah tak berapa nak kisah dah. Hmm..tak patut..tak patut.


Ihsan Google



TIPS: MEMBELI DAN MEMBUAT RAWATAN KECANTIKAN


  1. Baca isi kandungan produk dan tarikh luput.
  2. Kenalpasti ketulenan produk dengan menyemak nombor pendaftaran dengan BPFK.
  3. Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli produk dan melakukan sebarang rawatan kecantikan mahupun pelangsingan.
  4. Bagi anda yang mahu melakukan rawatan kosmetik, dapatkan konsultasi daripada pakar untuk mengetahui risiko dan prosedur rawatan.
  5. Semak kelayakan doktor yang akan membuat rawatan. Jangan sesekali melakukan prosedur ini dengan golongan yang tidak diiktiraf kerana ia mungkin membahayakan nyawa anda!



Yang ni tak berkaitan kot. Suka tengok famili Beckham.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610

Email: nhudas8575@gmail.com











Khamis, 20 November 2014

Diet Untuk Pesakit Diabetes

Tips Diet  Untuk Pesakit Kencing Manis



Kencing Manis terjadi bila ada lebihan gula dalam badan kita. Bila kandungan gula dalam darah tinggi dalam jangkamasa yang panjang, ia akan menimbulkan masalah lain dalam badan kita. Contohnya seperti kegagalan buah pinggang, masalah jantung, strok dan sebagainya. Bila kita dah kena penyakit kencing manis ni, darah akan lambat kering sekiranya terluka. 

Jadi bagaimana kita nak mencegah kencing manis ni? Sudah tentulah dengan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang sebab diet yang rendah gula dan pemakanan yang seimbang akan mengurangkan risiko kencing manis.

Di sini ada sedikit tips untuk pesakit kencing manis. Jomm kita..!



Ihsan: Google


1.   Makan Makanan Yang Berserat Tinggi
  • Contoh: oat, beras perang, roti serat penuh (wholegrain) dan lain-lain. Menurut kajian Harvard School of Medicine, pemakanan yang tinggi dengan serat akan menurunkan risiko mendapat penyakit diabetis diantara 35% hingga 42%. Contohnya makanan oat yang sangat tinggi kandungan serat boleh larut membantu melambatkan penyerapan glukosa dalam usus seterusnya membantu mengawal paras gula. Secara tidak langsung, ia juga menurunkan paras kolesterol, mencegah sembelit dan membantu menurunkan berat badan. 

2.   Makan Kekacang
  • Contoh: kacang ginjal, kacang pis, dan kacang kuda adalah rendah lemak dan tinggi protei. Ia juga kaya dengan serat boleh larut yang boleh menstabilkan paras gula dalam darah. 
  • Manakala jenis kacang seperti almond, pistachio, gajus, macademia, kacang tanah, dan kuaci juga amat baik untuk dijadikan sebagai ‘snek’. Kacang almond yang tidak dicampur dengan garam adalah sumber yang baik tinggi protein dan  karbohidrat sihat disamping lemak mono tak tepu (monounsaturated) yang berfaedah untuk mengurangkan kolesterol dan risiko sakit jantung. Lemak yang baik dalam kacang almond juga membantu menstabilkan paras glukosa dalam darah dengan melambatkan penyerapan glukosa secara beransur-ansur dalam usus.
  • Menurut kajian Harvard University berkenaan pengambilan kacang almond merumuskan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium seperti almond, kuaci biji labu, bayam akan mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetis sehingga 33%.

Ihsan: Google


3.  Makan Ikan

  • Ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi yang amat baik untuk mencegah penyakit diabetis dan membantu pesakit diabetis untuk mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik. 
  • Menurut kajian Dr Sven Ebbeson dari University of Virginia, USA yang mengkaji kesan omega-3 kepada penduduk Alaska yang hampir mengidap diabetis (prediabetics). Kesimpulan dari kajian beliau menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah seseorang mendapat diabetis sepenuhnya dan membantu mengawal paras glukosa dalam darah dengan lebih baik. Ikan salmon adalah antara ikan yang kaya dengan omega-3.

4.   Makan Lebih Sayur-sayuran
  • Dengan mengambil lebih sayur-sayuran dalam diet seharian membantu mengawal paras glukosa darah dan mampu mencegah diabetis. Sayur-sayuran samada dimasak atau diambil sebagai ulam adalah satu cara terbaik mencegah diabetis.
  • Terdapat kajian yang dilaporkan dalam The Journal of Nutrition pada tahun 2003  menunjukkan sayuran yang pahit iaitu peria , didapati boleh mengawal diabetis kerana ia mengandungi sebatian polipeptide-p dan alkaloid yang pahit. Begitu juga dengan ulam yang pahit seperti petai didapati boleh memberi kesan yang serupa. 

5. Makan lebih Buah-buahan

  • Makan lebih buah-buahan yang ‘rangup’ seperti jambu batu, epal, pear dan lain-lain. 
  • Kurangkan buah-buahan yang tinggi gula dan rendah seratnya seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain lagi. Lebihkan makan buah-buahan tempatan seperti betik, mangga, tembikai susu, limau bali, limau manis, duku, langsat, dokong, pisang dan lain-lain. 


Sumber: Dr. Norman, Live To Serve



Dos & Don't

Rabu, 19 November 2014

Vitamin Ibu Hamil

Prenatal Vitamin / Vitamin Ibu Hamil


Kebanyakan doktor tak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Adalah sangat digalakkan sekiranya ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil.

Pengambilan supplemen atau makanan tambahan sangat digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil untuk mendapat kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan.

Ia juga membantu mengurangkan kekurangan nutrisi dikalangan wanita yang loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan pada peringkat awal kehamilan.


Nutrien Lengkap Diperlukan Sepanjang Kehamilan


Akan tetapi masih ramai wanita hamil tidak mendapat zat yg secukupnya KERANA MASIH TIDAK MENGETAHUI YANG MEREKA TERPAKSA BERKONGSI KEPERLUAN NUTRISI DENGAN BAYI DALAM RAHIM.

Antara supplemen yang sangat penting ialah zat besi (iron), kalsium, asid folik, dan omega-3. Selain tidak meninggalkan pemakanan yang ada karbohidrat, protein, lemak dan air.

Harus diingatkan, supplemen tidak menjanjikan anak yang bakal dilahirkan tidak mengalami apa-apa masalah yee. Dan sila pastikan dose supplement always on track.



Antara Vitamin Yang Sangat Penting

  • Asid Folik : sangat penting bagi perkembangan fizikal dan sara bayi. Seeloknya di ambil sebaik sahaja berkahwin supaya kita dapat mencegah kecacatan neural tube (kerana kehamilan selalunya terjadi tanpa dirancang). DOSE : bagi wanita yang bersedia untuk hamil ialah  400mcg sehari manakala wanita hamil ialah 1000mcg sehari.

B Complex Shaklee Yang Lengkap Dengan Nutrien

  • Iron : penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia mengurangkan risiko kelahiran pramatang. DOSE : bagi wanita biasa ialah 18mg manakala wanita hamil ialah 27mg. Bagi menggalakkan penyerapan zat besi dengan lebih baik, elakkan pengambilannya bersama atau dalam masa 2 jam sebelum atau selepas dengan sebarang produk tenusu atau makanan yang ada unsur kalsium. 

Vita Lea Shaklee Dirumus Khas Dengan 28 Vitamin-Vitamin Penting

  • Kalsium : sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Tanpa bekalan kalsium yang mencukupi, wanita hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia (tekanan darah tinggi). DOSE : untuk wanita hamil sebanyak 1000mg sehari.
Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium


  • Omega-3 : untuk perkembangan otak, sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. DOSE : wanita hamil DAN menyusu 200-300mg sehari.
  • DHA penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan dan setelah dilahirkan.
  • ibu yang hamil yang mengambil suplemen Omega-3 membantu dalam perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi.
  • Kajian mendapati ibu yang mengambil cukup Omega-3 semasa hamil dan menyusu seawal 1 bulan pertama, semasa umur 4 tahun anak-anak akan mencapai score tertinggi dalam ujian kognitif.
  • Kajian pada tahun 2008 mendapati, bayi yang ibunya mengambil Omega-3 semasa hamil dan menyusu, risiko bayi untuk mendapat asma adalah kurang
  • Bayi tidak dapat menghasilkan DHA. Oleh itu DHA melalui plasenta semasa hamil dan melalui susu ibu adalah yang terbaik. Sekiranya di atas sebab-sebab tertentu ibu tidak dapat menyusu, barulah bertukar kepada DHA yang telah di campur ke dalam susu formula.

Omega Guard Shaklee Tulen & Gred Farmaseutikal







Boleh Diambil Bersama ESP dan VITAMIN C




  •  ESP : membina sel-sel, hormon dan enzim yang diperlukan tubuh, memberi tenaga kepada ibu yang mengalami "morning sickness". Selain itu, ESP juga membekalkan asid amino yang membentuk otot dan organ bayi seterusnya mengelakkan bayi menjadi cacat. Keperluan protein juga adalah untuk membentuk plasenta, uterus serta membantu penghasilan susu. Keperluan protein menjadi semakin kritikal dalam timester ke tiga.

ESP Shaklee Protein Terbaik & Berkualiti Tinggi 




  • VITAMIN C : penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu hamil. Ia juga penting untuk mencegah selsema.






** Sila pastikan para ibu di luar sana mendapatkan nasihat dari doktor yang merawat sebelum mengamalkan sebarang suplemen ibu hamil.






++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++





** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610

Email: nhudas8575@gmail.com


Selasa, 18 November 2014

Suka Minum Tapi Tak Tahu Apa-Apa Tentang ESP

Saya Suka Saya Suka!!!


Itu saja yang kita tau. Suka minum sebab nak bagi kulit cantik. Sebab nak kuruskan badan. Sebab menyusukan anak. Sebab TERPAKSA ambil...Macam-macam lagilah. Tapi yang lain kita tak berapa nak tau..Hmm no no no!



Apa Yang Harus Kita Tahu Tentang Protein??


Protein yang baik membantu kesihatan tubuh yang baik, kerana protein adalah bahan asas pembinaan sel tubuh manusia. Protein yang baik membantu kepada pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh yang sihat. Sel tubuh yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat.


"..eliminating animal protein is important and using vegetable proteins are more easily digested and they don't have all the antibiotics residues etc that contribute to disease!.."

www.investinyourhealth.org 


Apa itu Energizing Soy Protein?


Energizing Soy Protein atau secara ringkasannya ESP adalah antara supplement terlaris di kalangan BF mommies, selain daripada alfalfa. Entry kali ni saya nak share dengan anda semua tentang ESP ni. Almaklumlah, dah kita semua amalkan supplement esp nie jadi kenalah ambil tahu juga. Kan?







TAHUKAH ANDA 2.0 ?



Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


PENTING SANGAT KE PROTEIN PADA TUBUH BADAN MANUSIA?






Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. 

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.
25% daripada badan kita berasal (diperbuat) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – 'the first' dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins
    
TOTAL: 100%


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN


Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Ianya amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang telah rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!





Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


Orait! Sekarang kita dah pun tahu serba sikit tentang ESP Shaklee. Oklah. Sekiranya anda berhajat hendak mendapatkan ESP Shaklee nie, boleh buat belian di bawah nie ye..






** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com




Isnin, 17 November 2014

FAQ - Shaklee Membership : Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Okay Semua!! 

Memandangkan dah lama saya tak story tentang How To Become A Member and  macam mana nak Generate Side Income With Shaklee, so hari ini saya nak terangkan sikit okay..







Q: Bagaimana nak jadi distributor Shaklee ? 
A: Registration fee is RM65 + RM10 (WM) / RM20 (EM) untuk postage member kit. Ataupun anda boleh beli barangan bernilai RM680, anda boleh dapat FREE membership. :)

Q: Berapa modal yang diperlukan ?
A: Tak perlu modal pun sebab dengan Shaklee ini kita boleh buat ala-ala dropship - bila customer order dan bayar barulah kita bayar kat Shaklee. Shaklee pula akan poskan barang tu kepada customer kita. Senang kan ? :) Unless nak simpan stok kat rumah, suka hatilah invest berapa pun. Hehe.

Q: Berapa sales/belian kena maintain setiap bulan ?
A: Tak perlu maintain sales/points unless anda sudah jadi leader. Tiada jumlah minimum yang anda perlu beli setiap bulan kecuali anda memang target nak mendapatkan cash bonus. Nak beli untuk sendiri & keluarga sahaja pun boleh. Tak rugi pun jadi ahli. :)

Q: Berapa keuntungan boleh dapat setiap bulan ?
A: Bergantung kepada sales/purchase kita pada bulan tersebut. Minimum 150 points untuk layak dapat cashback/rebate/bonus. Bonus bermula dari 5% sehingga 21%, depending on berapa points kita dapat. :)

Q: Kena cari orang ke ? Kena head hunting ke ?
A: Tak perlu ! Saya pun tak suka nak cari-cari orang paksa-paksa join/beli. :)

Q: Tapi saya tak tahu macam mana nak mula berbisnes...
A: In sha Allah saya akan guide & coach anda sebab once anda dah register dengan saya, anda dah jadi tanggungjawab saya, 'anak' saya. :) Cuma usaha untuk berjaya itu terletak pada diri anda sendiri. In sha Allah. :)

Q: Saya nak register jadi ahli but tak nak jual-jual ni, boleh ke ?
A: Suka hatilah haha. Boleh je. Beli untuk kegunaan sendiri pun boleh. Saya takkan paksa anda jual, tanya lah mana-mana 'anak' saya, saya tak pernah paksa. Semua yang nak berbusiness semua atas inisiatif sendiri. If you need a guidance saya akan tolong. :)


Q: Ok, cool ! So bagaimana nak register?
A: Saya boleh tolong registerkan. Anda cuma perlu bagi details yang diperlukan+registration fees. Selepas itu,anda tunggu kat rumah, nanti member kit sampai ye. :)


Dulu-dulu kena isi borang, sekarang ni through online je.


Jika ada sebarang persoalan lanjut, jangan malu-malu dan segan-segan untuk Private Message saya..


Nota Kaki:

  1. Shaklee membership is Lifetime, jadi anda tak perlu nk bayar for renewal ;))
  2. Jika anda mempunyai network di Indonesia, US, China, Canada anda mempunyai peluang besar untuk success dengan menjadi Gold Ambassador Shaklee. Setiap pembelian Gold Ambassador Pak, anda secara automatik menjadi GA.
  3. Bernaung di bawah group besar iReach dibawah bimbingan Master Lyna Noh yang exclusive  and magic touch dari Master Wan Fatihanum, and the geng di exclusive group, online/offline.. In shaa Allah




Gold Ambassador PAK



Versi 2.0 di sini

Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 0134806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com



Ahad, 16 November 2014

Perjalanan Penuaan Kulit

Masalah Pori-Pori Kulit Wajah Besar


Contoh situasi : 

"..Huda nak sangat kulit halus dan gebu macam Siti Nurhaliza. Tapi, struktur kulit muka Huda semakin berubah menjadi kasar bila usia menginjak 30-an. Tetiba ja dia perasan yang dia tak pernah megambil berat tentang penjagaan kulit wajah disebabkan kesuntukan masa menguruskan rumah tangga.
Dulu masa zaman anak dara tak lah teruk sampai macam nie. Jeragat pun tak ada. Jerawat cuma "berkhemah" masa datang bulan ja. Pori-pori tetap ada tapi halus-halus ja.
Sekarang nie kulit muka Huda kusam dan tak bermaya. Penuh dengan jeragat dan berminyak. Pori-pori luas terbuka. Dah macam-macam produk Huda guna tapi masih tetap tak berubah.
Dalam hati teringin sangat kulit cantik macam Siti Nurhaliza. Haaahh..."


Bermulalah Perjalanan Penuaan Kulit...



Bagaimana Ianya Terjadi???


Proses penuaan kulit berlaku berbeza pada setiap orang. Ianya lebih cepat dari apa yang kita sangka. Pada peringkat awal, otot-otot kecil di bawah kulit mula mengeras. Pasa masa ni lah, kita akan nampak garis-garis halus timbul. Lama kelamaan garis-garis halus ni menjadi dalam. Mekap tebal pun still boleh nampak.

Lepas tu, pori-pori mula menjadi besar. Kulit yang masa zaman anak dara dulu halus akan mula terasa kasar. Pori-pori yang besar akan mengeluarkan banyak minyak dan peluh bersama lain-lain bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit cepat berbau!

Kemudian, pigmentasi turut muncul menyebabkan tona kulit menjadi tak sekata dan berbintik-bintik. Sapu bedak pun tetap tak nampak sekata. Pigmentasi yang besar sangat memberi kesan. Tak kurang juga munculnya skin tags yang berupa tahi lalat kecil di bahagian muka dan leher. (owwhhh my..!!)

Seterusnya, salur darah yang mula keras pada kulit juga menyebabkan ianya timbul dan kelihatan membayangi kulit. Disebabkan hormon tak stabil, rerambut halus mula tumbuh menjadi janggut dan misai.

Lepas tu, kehilangan kolagen dalam kulit menyebabkan kulit nampak jatuh dan kesan garisan seperti ni akan membuatkan wajah kita seolah-olah "masam" dan stress.

Kesan graviti akan menarik lemak pada muka yang menyebabkan pengumpulan banyak lemak di bahagian dagu. Kesannya akan menyebabkan wajah kita sedikit berubah. Ia akan mewujudkan ruang kosong di bawah mata, di bahagian pipi dan sebagainya.

Sumber: Dr Rushmini, Perunding Kecantikan Marissa Esthetic


Boleh bayangkan tak bagaimana proses itu terjadi???
Adakah anda sedang atau dah pun mengalaminya??


Produk Anti Penuaan : ViViX






Ia adalah satu produk revolusinari anti-penuaan yang membantu bertindak melawan penuaan pada tahap selular. Dari segi fizikalnya, ianya sejenis minuman campuran botani, penghasilan terbaru didalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi. 


Keistimewaan ViViX

1. Vivix mengandungi resviratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih tenaga daripada resviratrol, di samping tidak mengandungi alkohol sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi, tanpa pewarna tiruan dah HALAL.

2. Hasil kajian mendapati orang Perancis gemar menikmati daging yang berlemak tinggi dan gemar minum wain dengan banyak tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah. Dan akhirnya selepas beberapa tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia disebalik Paradoks Perancis terdapat Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

3. Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

4. Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.

*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) - is a method of measuring antioxcidant capacities of different foods.


Bagaimana ViViX Bertindak??





- 4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular:


  • Kerosakan DNA - Ramuan Vivix membantu melindungi dan membantu memperbaiki selular DNA dari radikal-radikal bebas yang merodakkan DNA.
  • Pengawal Genetik - Dalam ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix membantu mengaktifkan satu pengawalan genetik yang menolong melambatkan penuaan.
  • Pengeluaran Tenaga - Ramuan Vivix membantu menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) sel penjana tenaga  iaitu mitichondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  • Melambatkan Penimbunan Protein AGE (Advance Glycation End Product) - Ramuan Vivix 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur Muscadine) yang boleh melambatkan pembentukan protein AGE yang mengganggu ketahanan dan jangka hayat sel di dalam badan.


So, bagi anda yang mementingkan kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh dengan ramuan semulajadi, maka Vivix adalah jawapannya.



Bagaiman Hendak Mendapatkannya?





Haa..kalau nakkan Vivix nie, boleh  hubungi saya ataupun order terus dari Shaklee. Tapi pastikan anda mempunyai kad kredit atau kad debit. Klik jer di sini -> Saya Mahu Beli Vivix Terus Melalui Online

Di sini ada tutorial -> Bagaimana Caranya Menggunakan E-Sell Atau Online Ordering Untuk Beli Vitamin Shaklee . Boleh refer ye..




** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com