Khamis, 25 Disember 2014

Harum Subur Dihati

Bunga...


Pastinya akan meninggalkan kesan yang sangat kuat, sebab ramai yang akan ingat bila kali pertama kita menerima bunga, walaupun 10 tahun dah berlalu. Pergh...! Bunga selalunya diberi untuk mengekspresikan isi hati. Ada yang beri bunga waktu first date, anniversary, sebagai ucapan tahniah, dan sebagainya. Namun tema cinta semata-mata bukanlah satu sebab ntuk kita berbuat demikian. 

Bunga sangat meninggalkan satu impression yang sangat kuat. Warna dan harumannya dapat merangsang pancaindera dan emosi. Bunga juga dapat mengubah ambiance dalam bilik dan pastinya dapat menarik perhatian mata yang memandang. 


Maksud Warna Bunga



Biru - ia menenangkan kerisauan. Sebagai simbol keamanan, keterbukaan dan kedamaian. Jambangan bunga segar berwarna biru mampu menjadi 'penawar' kepada rasa bimbang.

Merah Jambu - lambang gemalai, kesantunan dan kegembiraan. Bunga merah jambu pelbagai bentuk  sama ada kecil ataupun yang besar, halus, menguntum, ataupun yang mekar menggambarkan keremajaan, kesucian dan kegirangan.

Ungu - simbol kehormatan, kebanggaan, dan kejayaan. Susunan bunga mekar yang penuh dengan warna ungu menggambarkan kesempurnaan dan rasa kekaguman.

Merah - woww! Satu warna yang menggambarkan kegairahan, seksi, melambangkan rasa keinginan, kekuatan dan cinta. Fuhh..!

Putih - Selalu dikatkan dengan keluhuran, keserhanaan, kesucian, sanjungan dan memaparkan kecantikan yang bersahaja.

Kuning - Simbol warna diraja. Kuning pastinya membangkitkan rasa gembira dan penuh rasa selesa. Ia juga melambangkan sebuah persahabatan. Jambangan mekar bunga yang berwarna kuning mencerminkan sesuatu permulaan yang baru.

Oren - Tidak kenal erti malu malah penuh dengan keyakinan dan kebanggaan. Melambangkan kekuatan, kegembiraan dan keramahan. Susunan bunga oren menyampaikan suatu maksud yang tinggi dengan self confident, and passionate.

Hijau - Warna yang cukup sinonim dengan alam semulajadi. Ianya menggambarkan kesihatan, daya lenting atau ketabahan, tuah dan keremajaan. Kuntuman bunga hijau tak kiralah ianya digubah denganwarna lain atau bentuknya melambangkan sikap optimis dan pembaharuan.



Part Yang Paling Best: Jumlah Bunga & Maksudnya


  • Sekuntum - cinta pandang pertama
  • 2 kuntum - menunggu jawapan cinta
  • 3 kuntum - I Love You
  • 9 kuntum - Cinta yang berkekalan
  • 10 kuntum - Pasangan dua sejoli
  • 11 kuntum - Aku memujamu
  • 12 kuntum - Cinta dari hati
  • 20 kuntum - Cinta selamanya
  • 21 kuntum - Kau yang teristimewa
  • 22 kuntum - Saling mencintai
  • 36 kuntum - Ku milikmu
  • 99 kuntum - Cinta hingga hujung nyawa
  • 100 kuntum - Cinta abadi
  • 101 - Will you marry me?
  • 365 - Cintamu Setiap Hari
  • 1001 kuntum - Cinta tiada akhirnya



Bagi Huda lah kan, tak kiralah berapa banyak kuntum sekalipun, pastinya kita tahu isi hati si pemberi. In sya Allah..













Rabu, 24 Disember 2014

5 Kaedah Dijadikan Panduan Kalau Nak Guna BEKAS BUAT DADIH Untuk Simpan Stok EBM

Bekas Menyimpan Susu Perahan


Hasil Google: Suatu ketika dulu, peti sejuk rumah pernah penuh cenggini..
Bahagia Ku Rasa ^________^



Sebenarnya, tak banyak kajian berkaitan dengan alatan yang terbaik untuk menyimpan susu ibu dan kalau ada pun kadang-kadang tu bercanggah antara satu sama lain. Tak kiralah bagaimana mak-mak nak simpan susu perahan, pastikan bekas tu betul-betul selamat dan bersih. Huda ada google pasal bekas menyimpan susu nie. Rata-ratanya menggunakan beg plastik khas yang dibuat khas untuk menyimpan susu perahan. Selain tu, ada jugak yang simpan dalam botol susu, bekas dadih, dan ada juga yang simpan dalam plastik aiskrim (sebab baru ku tahu!).


Bekas Plastik Sebagai Tempat Simpan Susu Perahan

  • Seeloknya, guna plastik yang dibuat khas untuk simpan stok ebm kita tu yang rata-ratanya tebal dan tahan lasak
  • And of coz, yang dapat jimat ruang dalam peti sejuk kita
  • Plastik penyimpan yang nipis tak digalakkan untuk digunakan sebagai bekas menyimpan stok susu sebab dikhuatiri mudah bocor dan pecah bila kita sejukbekukan susu tu

5 Kaedah Yang Harus Dijadikan Panduan Sekiranya Kita Nak Guna Bekas Membuat Dadih Sebagai Bekas Menyimpan Stok Ebm


  1. Tengok dulu kod yang ada dibawah bekas dadih tu.
  2. Cuba elakkan dari menggunakan bekas yang ada kod nombor 3, 6 dan 7
  3. Bekas yang paling selamat adalah yang ada kod nombor 5 sebab ianya diperbuat daripada polypropylene.
  4. Jangan guna lebih dari 1 kali sebab dikhuatiri bahan kimia mungkin menyerap masuk dalam susu.
  5. Pusat Racun Negara menyatakan bahawa, penggunaan bekas dadih adalah selamat sekiranya ia diperbuat daripada polypropylene. Namun penggunaan yang berulangkali amat tidak digalakkan


Sumber: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu




Alahaii..sedap pulak bila tengok lama-lama dadih nie.



Sebagai mak atau abah kepada bayi yang so adorable, kita juga kena ada sedikit ilmu pengetahuan tentang hal-hal nie semua. Nampak remeh tapi kesan dia sangat besar pada anak-anak kita. Selain dari harga, aspek lain pun kena ambil perhatian jugak macam kebersihan, keselamatan dan sebagainya. Dan yang pasti BERSIH. ^___^




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Selasa, 23 Disember 2014

Makanan Tambahan Penggalak Susu

Agak-agak ingat lagi tak tentang kisah ini??
Ingat tak lagi entry Huda yang lepas berkaitan dengan "mutiara" semakin menghilang??









Senarai di bawah adalah antara supplement yang disarankan untuk diambil oleh para ibu yang menyusukan bayi. Tak kiralah sama ada yang ada masalah berkaitan dengan susu drop atau nak berikan nutrien tambahan untuk ibu. 

1. Vita-Lea – merupakan multivitamin yang menyediakan keperluan vitamin dan mineral yang cukup kepada para ibu. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat serta menggalakkan kesihatan ibu dan bayi berasa di tahap optimum,

2. ESP – Bayi sangat-sangat memerlukan protein yang banyak untuk tumbesarannya. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan kita amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untukmengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat setiap hari.

3. Vitamin C – Dalam 1 kajian yang dibuat terhadap para ibu yang menyusu dan pada masa yang sama mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusukan bayi secara ekslusif dapat melindungi bayi kita dari kekurangan vitamin C. Ini kerana ianya penting untuk menguatkan system imun.





4. B Complex – Ia merupakan vitamin yang diperlukan kita untuk menyokong system saraf dan metabolism yang sihat. Vitamin B Complex mempunyai pelbagai fungsi termasuklah pengeluaran hormone, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat.

5. Ostematrix –  40% daripada susu ibu terdiri daripada kalsium. Kalsium sangat diperlukan bayi untuk membina tulang yang sihat. Wanita yang menyusukan anak disarankan untuk mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

6. Omega Guard – Pengambilan dan tambahan Omega Guard disepanjang tempoh penyusuan membantu menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah pun dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega-3 lebih banyak dalam otak. Tambahan pula, tak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu punya masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah ADHD atau autisme.

7. Alfalfa – Ia mengandungi banyak nutrient penting seperti vitamin K, A, B1, C, E, kalsium, zink, dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa digunakan juga secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu (milkbooster).












Dalam keseronokan dan keterujaan untuk menyusukan anak, memanglah kekadang ada sedikit masalah yang membuatkan penghasilan susu tidak cukup. Dan walaupun ibu dah lakukan berbagai macam cara sehinggakan ada yang terpaksa ambil ubat dan berjumpa dengan pakar laktasi, namun masih gagal, itu cuma satu cabaran. Janganlah berasa terlalu risau, dan berputus asa. Teruskan berusaha dengan cara yang betul dan berdoalah kepada Allah. Mudah-mudahan niat kita dipermudahkan.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Isnin, 22 Disember 2014

Tergamam Tetiba Susu Boleh Berkurang!

Aduih, jenuh mak. Kesian lagi anak mak..!


Pernah terjadi macam tu jugak kan? Tak semua ibu-ibu atau mak-mak smooth jer perjalanan penyusuannya. Macam Huda dulu masa menyusukan anak ke 2, waktu malam (time nyusu) nak tidurkan anak, boleh pulak dia nangis. Tetiba ja. Kita nie ingatkan apalah. Semut gigit ke, gatal, demam ke apa. Rupa-rupanya lepas pujuk semua tak kena, encik suami cakap, 

"..ntah2 susu ibu tak dak dah kot..?"

Haa, lepas tu barulah Huda tahu kenapa anak nangis bagai nak rak (sebab dia kuat nyusu!). Tapi mujur Huda buat stok (alhamdulillah). Then, bila dah selidik semua Huda baru tahu punca yang menyebabkan susu berkurangan.



Hmm..Agak-Agak Kenapa Susu Badan Boleh Berkurang?


Rata-rata masalah susu badan berkurang atau tak cukup adalah disebabkan oleh pengurusan penyusuan yang tak optimum. Antaranya:
  1. Menyusu ikut jadual masa (ikut jam) dan bukannya ikut keperluan bayi
  2. Tak kosongkan breast sepenuhnya (walaupun pada hakikatnya breast tak pernah pun kosong sepenuhnya!)
  3. Anak kurang menyusu pada waktu malam
  4. Tak ada rangsangan tambahan SEKIRANYA bayi punya selera yang kecil (tak kuat nyusu)

Jadi, Apa Yang Patut Ibu Buat?


Sebolehnya, menyusukan anak dengan lebih kerap. Jika perlu, pam/perah susu dan pelbagaikan kaedah memerah susu. Selalunya waktu awal pagi kita dapat menghasilkan banyak susu kerana pada waktu tu hormon prolaktin sangat tinggi. Dan sekiranya ibu seorang yang berkerjaya, ambillah cuti. Walaupun ibu dapat pam dengan lebih kerap, TETAPI bayi adalah pam semulajadi yang paling berkesan. Ambil peluang ini untuk berehat dan menyusu mengikut kehendak bayi. Lama kelamaan aliran susu ibu in sya Allah pasti akan meningkat kembali.

Selain Amalan Di Atas, Apa Lagi Yang Harus Dilakukan?



Kita sebagai mak/ibu nie kena pandai dan cepat mencari ikhtiar ye. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah dengan mencari alternatif lain iaitu makan makanan yang dapat memperbanyakkan susu (milkbooster).  

Macam Huda sendiri, bila dah jadi keadaan macam tu, cepat-cepat amalkan lobak putih, sayur sawi, kucai dan kurma. Walaupun setakat ni tak ada lagi kajian saintifik yang menyatakan bahawa ianya berkesan, tapi ianya alhamdulillah membantu dan memang dah pun diamalkan sejak dari dulu lagi.

Walaubagaimanapun, kita semua kena faham ye, tak kiralah apa jenis makanan penggalak susu atau milkbooster sekalipun, konsep demand and supply kena tahu dan kena ikut. Kerap kosongkan breast dan kerap menyusu. Cari dulu punca apa yang menyebabkan susu berkurangan, bertenang dan kurangkan stress. Dan paling penting sekali, doa. In sya Allah, moga-moga Allah permudahkan urusan penyusuan kita. Aamiinn...







Antara Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan & Cara Seorang Ibu Berkerjaya Yang Berjaya Mengatasi Masalah Susu Drop!




Untuk entry selanjutnya, Huda akan kongsikan sedikit tentang "makanan penggalak susu" yang telah pun diamalkan oleh ibu hebat di atas berserta makanan tambahan lain. In sya Allah..

^___^



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Ahad, 21 Disember 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 5.0


Assalamualaikum..
Hari Ahad nie tak pi mana-mana ka?
Kat area sini hujan banyak hari dah.
Sejuk ja rasa. Alhamdulillah..^___^
Hari nie Huda tambah 4 petua lagi tau..hihii.
Jomm kita..

1. Nak Mudahkan Kentang Dikupas
- Basuh kentang tu sampai bersih, pastu terus rebus. Agak-agak 4-5 minit atau hampir empuk angkatlah kentang tu. Biar dia sejuk baru dibuang kulitnya. Haa..hasil dia kentang sedikit cantik dan senang nak kupas.

2. Mengelakkan Tauhu Melekat Ketika Menggoreng
- Sebelum kita nak goreng tauhu tu, kita lumur sedikit garam pada tauhu kita tu. Lepas tu goreng la dengan gembira..;D

3. Nak Wangikan Lagi  Kari Ikan
- Tumis sekali bahan-bahan seperti herba campur, bawang putih, bawang merah daun kari bersama jintan halus. Letak lebih sikit pun tak pa. Dan jangan lupa campur jugak jintan halus (yang dah ditumbuk halus) ke dalam serbuk kari. In sya Allah, wangi……..

4. Nak Wangikan Peti Sejuk
- Make sure sebelum tu kita cuci sikit peti sejuk biar bersih. Bila dah settle, kita tuang sikit vanilla essence ke atas kain bersih. Lepas tu sapu ke seluruh bahagian peti sejuk kita tu. In sya Allah, wangi jer rasa..





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610

Email: nhudas8575@gmail.com

Sabtu, 20 Disember 2014

1 Jenis Resipi Orang Malas Tapi Kenyang Dan Berkhasiat

Biasalah...
Tak semua hari yang ada dalam seminggu tu, kita rajin..
Kadang-kadang nak mandi pun malas. Betul tak? Eleh, macam tak biasa plak..;D
Memandangkan hari nie hari Sabtu, cuti sekolah plak tu kan..Mesti ada yang dah plan siap-siap nak bawak anak-anak pergi jalan-jalan. Tak pun bawak pergi beli baju sekolah ^___^.
Huda nak kongsikan 1 resipi yang simple giler. Tak payah pening kepala bagai. Cepat plak tu.
Resepinya ialah..

Gulungan Pisang & Mentega Kacang !!

Bahan-bahannya ialah...
  1. Suku cawan mentega kacang 
  2. 2 keping roti tortilla
  3. 2 sudu besar madu
  4. 2 biji pisang (ikutlah nak besar mana)

Macam mana nak buat..??
  1. Sapu mentega kacang di atas roti tortilla yang dah dibakar dalam microwave. Tapi kalau tak dak boleh letak atas kuali leper rasanya..
  2. Pastu letak madu atas mentega tu tadi (ikut pada manis masing-masing ye)
  3. Letak pisang..
  4. Last sekali, gulung pisang dengan roti tu tadi. Dah siap!!

Tahukah khasiatnya??

Mentega kacang kaya dengan protein dan 2 sudu madu mentega kacang bersamaan dengan 7g protein. Lemak yang terdapat dalam mentega kacang bukan lemak tepu dan ini menjadikan ia pilihan yang terbaik. Lemak tidak tepu boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan memberi nutrien yang cukup kepada tubuh. Mentega kacang merupakan sumber vitamin E dan B6, zat besi, folat, kalsium dan niacin.


Sumber: Majalah Rapi



Haa...lepas nie boleh la try. 
Selamat Mencuba!!

^_____^*



Gambar Sekadar Hiasan



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Jumaat, 19 Disember 2014

Mak Tak Gamak Tengok Nak..

Tak Gamak . . . 


Sebagai mak ayah nie, kita pastinya akan menaruh harapan yang tinggi dan selalu mendoakan agar anak-anak kita bukan saja cemerlang di dunia tapi jugak cemerlang di akhirat. Itu tak dinafikan.

Macam tulah juga halnya dalam pemberian makanan kepada anak-anak. Zaman sekarang nie, boleh dikatakan semua mak ayah dah sedar betapa pentingnya pemakanan dan tabiat makan yang betul. Kenapa Huda cakap macam tu? Sebabnya, pemakanan dan tabiat makan yang betul adalah sangat penting dalam mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kita.

Gambar sekadar hiasan


Kita pun tau yang pemakanan yang betul membolehkan anak-anak mencapai pertumbuhan yang optimum. Dan in sya Allah dapat mencegah masalah kekurangan atau terlebih berat badan & kekurangan nutrisi. Bila dah kurang nutrisi tu, mulalah badan semakin kurus dan melidi. Pastu cepatla jatuh sakit, kan. Nauzubillah..

Pernah nampak tak anak-anak kecil yang susah nak makan DAN lebih suka minum susu dalam botol (susu formula)? Agak-agak kenapa??

Tahukah kita, susu yang anak-anak kita minum tu dah pun mengambil tempat makanan asli natural yang anak-anak kita perlukan untuk tumbesaran diorang? Sepatutnya diorang makan nasi, ikan, sayur dll tapi tetap bergantung dengan susu yang lebih bersifat asid. Masalah selalunya akan timbul kalau susu jadi makanan utama dan bukannya makanan tambahan. Ingat ye, susu bukanlah makanan utama bagi anak-anak yang dah berumur 2 tahun ke atas.



Kita kena tau jugak yang bukan susu saja sumber protein atau kalsium yang ada. Banyak lagi makanan yang ada protein, kalsium dan zat galian yang lain. Dalam hal nie, mak ayah kenalah rajin mencari maklumat..^____^.


Macam mana nak buat agar anak-anak kecil kita nie NAK MAKAN??


Mula-mula sekali cuba untuk kurangkan pengambilan susu botol. Hadkan pengambilannya. Sambil tu terangkan kepada anak kenapa kita berbuat demikian. Mak ayah kena la pandai dalam bab-bab nak “psycho” anak nie kan..Alhamdulillah. Huda dah pun berjaya kurangkan pemberian susu botol untuk Ammar dari 7-8 botol kepada 2 botol sehari. Mula-mula tu memang la a little bit challenge but I did it yeaayy!! 

Bila dah kurang susu tu, dia memang ada rasa nak makan.  Tambah-tambah Huda bagi dia Mealshakes, lagilah bertambah selera. 

Dalam video nie, ada dikongsikan sedikit pengalaman mak-mak dengan anak yang susah nak makan nie. Jomm kita saksikan…








++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com