Sabtu, 28 Jun 2014

Masker ESP Dan Vitamin E

Assalamualaikum...

Semangat aii tau Jemah.hihii. Sebab malam nie aii rajin buat masker express. Alah, esp+vitamin e. Tapi kali nie aii tak guna yogurt sebab tak dak.heheh. Jadi guna air je lah.

Nak tengok cemana rupanya??! Haa..di hujung entry nie ada gambo yer. Jomm la buat sama2.

Nak cantik tak?
Nak comey tak?
Macam Kak Ton??

Comey tak Kak Ton??
Hihii..Kak Ton memang comey.

Ok lah. Nanti aii nak share kenapa aii suka yogurt untuk jadikan sebagai base masker express. Tunggu....

:D


Fb: Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 0134806167

Jumaat, 27 Jun 2014

Cara Paling Senang Buat Masker

Assalamualaikum..
Apa khabar? Sihat na..

Cewah. Macam karang surat tak rasmi lak. Hihii..

Okay2. Memandangkan aii rajin sikit walaupun tak sampai setengah, aii nak kongsikan 1 cara paling senang nak buat masker. Sesuai la untuk orang macam aii yang 'sangat rajin' dan suka benda-benda yang cepat. Almaklumlah, aii kan busy memanjang. :P

Orait. Bahan-bahan untuk buat masker yang paling senang di alam semesta ialah:

♥ 1 sudu kecil ESP
♥ 1 biji vitamin e shaklee ( keluarkan isinya ye )
♥ 2 sudu besar yogurt plain/ air (aii suka yogurt ^_^*)

Caranya:
♡ Mix kan semua bahan di atas
♡ Pastu sapukan ke seluruh wajah (make sure muka bersih tau)
♡ Biarkan lebih kurang 20-30 minit @ semalaman
♡ Last sekali cuci lerr..

*sekali bancuh boleh buat 2/3 kali

Senang kan? Bancuh tak sampai 2 minit dah boleh sapu dimuka dah. Express. :D

Yang kat atas tu cuma cadangan saja. Korang boleh buat ikut cara sendiri. Buat 2 kali seminggu pun cukup dah rasanya. Janji konsisten. Nak cantik tak?? Haa...

Apa yang korang rasa lepas bermasker shaklee nie?
Ada rasa apa2 tak. Macam:

- Rasa lebih segar?
- Muka dah tak berminyak ?
- Rasa lembab?

Sebab aii rasa berbeza lepas sapu masker. Best tau. Tapikan kalau kita rajin dan konsisten, kita akan dapat lebih dari tu. Antaranya:

♥ Blackheads dan whiteheads semakin berkurang
♥ Wajah semakin cerah
♥ Kulit semakin halus dan lembut
♥ Bekas2 jerawat semakin pudar
♥ Liang pori mengecil

Semuanya dengan izin Allah. Yakin dan konsisten.  ^_^*

Okay lah.
Selamat Mencuba.
^___^*

Fb: Nuul Huda Sobari
Id shaklee: 1071145
Cell: 0134806167

Khamis, 26 Jun 2014

Apa Ku Kisah ??!

Assalamualaikum...

Berhabuk sudah bersarang pun sudah. Gara-gara tidak diambil kisah. Apa kisahnya entry kali nie ye. Haa..tajuknya ialah AL KISAH.

Redundancy. Kalau Pn Hasnah (lecturer BEL) tengok sure kena marah. Hehee..

Bukannya apa ye. Lately,  ada terbaca dan tertengok hasil rampasan produk pelangsingan yang mengandungi racun. Salah satu tu produk quite famous plak tu. Alah, korang mesti lagi terer dan tahu dari aii punyalah.

Kan? ^__^*

Ehh, korang jangan la cakap yg aii nak kondem ke takutkan ke apa ke..tau. Cuma nak highlight kan aje. Kita nie kan bijak2 belaka. Zaman moden lah katakan. Kalau nakkan satu2 produk kesihatan/ produk kurus sekali pun, kena la check betul2. Jangan sampai taksub nak kurus dan cantik, diri sendiri tergadai.

Meh aii bagi petua sikit. Petua macam mana nak pilih produk kesihatan yang selamat..

/ Pilih produk yang 'evidence-based'. Produk mestilah telah dibuat kajian tentang manfaatnya dan kajian tu mestilah diiktiraf oleh badan-badan yang bertauliah.

/ Ambil mengikut kepada keperluan dan masalah kesihatan masing-masing. Jangan sesekali ikut orang. Badan masing2 tak sama ye.

/ Pastikan supplement/produk kesihatan yang anda ambil tu HALAL, ada kelulusan KKM.

Haa..simple je kan. Senang ja nak ingat. Bila semua tu dah confirm SELAMAT, maka silalah telan! Hihihii.Macam aii, aii pilih Shaklee. Trusted brand gittew..^_^*

*Ingat ye. Pilihan adalah ditangan kita. Jadilah pengguna yang bijak.

Sekian.
Selamat Meng'check'.

Fb: Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 0134806167

Isnin, 23 Jun 2014

Vitamin E Shaklee

Vitamin E Complex

Perbezaan Shaklee:

- Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin e, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yangbaktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin e (alpha, beta, gama, delta).

- Mengandungi 10gram selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyrap vitamin e, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium, dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Manfaat Utama Vitamin E Shaklee

Melindungi Jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin e untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan koleterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik; penyakit jantung dll.

● Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif - Kajian pasa tahun 1924, mendapati vitamin e mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin e sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Anti-Penuaan - 1 kapsul vitamin e sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

Anti-Oksidan Yang Kuat - Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yg kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor,  mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah kesihatan.

Kelestarian Tenaga - Meningkatkan Kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

● Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, varikots, sakit sendi.

● Membantu Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopause seperti hot flush. Digunakan secara klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.

● Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut

♥♥♥♥♥

Fb: Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 0134806167

Khamis, 19 Jun 2014

Kalsium Dan Garam

Assalamualaikum..

Kita nie rajin makan. Selalu makan. Kalau boleh makan, maaaaaakan jer ghojer nye ye. Ish2, bahaya+xbagus dll...

Kali nie nak bagi 1 info yang huda dapat dari seorang master shaklee..Thanks Master Iffah!!..

♥♥♥♥♥

Apa Kaitan Kalsium Dan Garam??

Memandangkan makanan segera berlambak2 kat luar sana. Ditambah plak dengan kita nie suka makan, maka tahukah kita..yang makanan tinggi kandungan garam memberi kesan pada kalsium pada badan kita???

Maknanya disini, kita lebih berisiko untuk mengalami kemerosotan kalsium dalam tubuh!!

Hmm..??

"..kalsium di dalam badan akan terikat pada garam yang berlebihan di dalam tubuh dan akan disingkirkan melalui sistem perkumuhan apabila sistem badan mengenalpasti tubuh kita mempunyai garam berlebihan.."
- Harvard Healths Publications


♡♡ Tips: Kalau kita nak cari supplement kalsium, pastikan ada Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan yang maksimum.

♡♡ Ada Apa Dengan Gabungan Kalsium Dan Magnesium?? ♡♡

● untuk penjagaan sistem kardiovaskular
● gabungan nie, kalau diambil sebelum tidur, akan memudahkan kita untuk tidur malam!!



Fb: Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 0134806167

Selasa, 17 Jun 2014

Makanan Terbaik Bagi Kaum Wanita

Assalamualaikum..

Tak tahu kenapa sangat2 tertarik dengan artikel nie. Huda baca dari pingje.org

♡♥♡♥♡♥

7 JENIS MAKANAN TERBAIK UNTUK WANITA

Pemakanan kaum wanita haruslah lebih khusus daripada kaum lelaki. Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin lanjut.

Berikut adalah senarai makanan yang perlu dimasukkan dalam diet mingguan. Kaum wanita, sila ambil perhatian ya.

Protein soya

Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijiran bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dakam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.

Bijirin penuh

Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, emping bran, roti gandum, dan barli.

Makanan tinggi folat

Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.

Jus kranberi

Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

Air

Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

Sayuran hijau

Sayuran hijau menyediakan nutrient dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.

Makanan penuh Vitamin C

Buah – buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitakn dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik. Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang – kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.

sumber : pingje.org

Fb Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145

Isnin, 16 Jun 2014

Kebaikan Pisang

*** SESI TAMBAH ILMU ***

Assalamualaikum...

♥♥♥♥♥

Hari nie nak santai jer. Tak nak beratkan kepala memikirkan benda2 yang 'heavy' untuk di taip..

Pisang is one of my favourite fruit. Termasuklah anak-anak sekali.

♥♥♥♥♥

Kebaikan Pisang

PISANG mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian...

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.



**ppsstt...BERSAMBUNG :)

Anak2 plak dok buat bunyi bagai..
Nanti kita sambung lagi okay..

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145