Ahad, 21 Disember 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 5.0


Assalamualaikum..
Hari Ahad nie tak pi mana-mana ka?
Kat area sini hujan banyak hari dah.
Sejuk ja rasa. Alhamdulillah..^___^
Hari nie Huda tambah 4 petua lagi tau..hihii.
Jomm kita..

1. Nak Mudahkan Kentang Dikupas
- Basuh kentang tu sampai bersih, pastu terus rebus. Agak-agak 4-5 minit atau hampir empuk angkatlah kentang tu. Biar dia sejuk baru dibuang kulitnya. Haa..hasil dia kentang sedikit cantik dan senang nak kupas.

2. Mengelakkan Tauhu Melekat Ketika Menggoreng
- Sebelum kita nak goreng tauhu tu, kita lumur sedikit garam pada tauhu kita tu. Lepas tu goreng la dengan gembira..;D

3. Nak Wangikan Lagi  Kari Ikan
- Tumis sekali bahan-bahan seperti herba campur, bawang putih, bawang merah daun kari bersama jintan halus. Letak lebih sikit pun tak pa. Dan jangan lupa campur jugak jintan halus (yang dah ditumbuk halus) ke dalam serbuk kari. In sya Allah, wangi……..

4. Nak Wangikan Peti Sejuk
- Make sure sebelum tu kita cuci sikit peti sejuk biar bersih. Bila dah settle, kita tuang sikit vanilla essence ke atas kain bersih. Lepas tu sapu ke seluruh bahagian peti sejuk kita tu. In sya Allah, wangi jer rasa..





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610

Email: nhudas8575@gmail.com

Sabtu, 20 Disember 2014

1 Jenis Resipi Orang Malas Tapi Kenyang Dan Berkhasiat

Biasalah...
Tak semua hari yang ada dalam seminggu tu, kita rajin..
Kadang-kadang nak mandi pun malas. Betul tak? Eleh, macam tak biasa plak..;D
Memandangkan hari nie hari Sabtu, cuti sekolah plak tu kan..Mesti ada yang dah plan siap-siap nak bawak anak-anak pergi jalan-jalan. Tak pun bawak pergi beli baju sekolah ^___^.
Huda nak kongsikan 1 resipi yang simple giler. Tak payah pening kepala bagai. Cepat plak tu.
Resepinya ialah..

Gulungan Pisang & Mentega Kacang !!

Bahan-bahannya ialah...
  1. Suku cawan mentega kacang 
  2. 2 keping roti tortilla
  3. 2 sudu besar madu
  4. 2 biji pisang (ikutlah nak besar mana)

Macam mana nak buat..??
  1. Sapu mentega kacang di atas roti tortilla yang dah dibakar dalam microwave. Tapi kalau tak dak boleh letak atas kuali leper rasanya..
  2. Pastu letak madu atas mentega tu tadi (ikut pada manis masing-masing ye)
  3. Letak pisang..
  4. Last sekali, gulung pisang dengan roti tu tadi. Dah siap!!

Tahukah khasiatnya??

Mentega kacang kaya dengan protein dan 2 sudu madu mentega kacang bersamaan dengan 7g protein. Lemak yang terdapat dalam mentega kacang bukan lemak tepu dan ini menjadikan ia pilihan yang terbaik. Lemak tidak tepu boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan memberi nutrien yang cukup kepada tubuh. Mentega kacang merupakan sumber vitamin E dan B6, zat besi, folat, kalsium dan niacin.


Sumber: Majalah Rapi



Haa...lepas nie boleh la try. 
Selamat Mencuba!!

^_____^*



Gambar Sekadar Hiasan



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Jumaat, 19 Disember 2014

Mak Tak Gamak Tengok Nak..

Tak Gamak . . . 


Sebagai mak ayah nie, kita pastinya akan menaruh harapan yang tinggi dan selalu mendoakan agar anak-anak kita bukan saja cemerlang di dunia tapi jugak cemerlang di akhirat. Itu tak dinafikan.

Macam tulah juga halnya dalam pemberian makanan kepada anak-anak. Zaman sekarang nie, boleh dikatakan semua mak ayah dah sedar betapa pentingnya pemakanan dan tabiat makan yang betul. Kenapa Huda cakap macam tu? Sebabnya, pemakanan dan tabiat makan yang betul adalah sangat penting dalam mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kita.

Gambar sekadar hiasan


Kita pun tau yang pemakanan yang betul membolehkan anak-anak mencapai pertumbuhan yang optimum. Dan in sya Allah dapat mencegah masalah kekurangan atau terlebih berat badan & kekurangan nutrisi. Bila dah kurang nutrisi tu, mulalah badan semakin kurus dan melidi. Pastu cepatla jatuh sakit, kan. Nauzubillah..

Pernah nampak tak anak-anak kecil yang susah nak makan DAN lebih suka minum susu dalam botol (susu formula)? Agak-agak kenapa??

Tahukah kita, susu yang anak-anak kita minum tu dah pun mengambil tempat makanan asli natural yang anak-anak kita perlukan untuk tumbesaran diorang? Sepatutnya diorang makan nasi, ikan, sayur dll tapi tetap bergantung dengan susu yang lebih bersifat asid. Masalah selalunya akan timbul kalau susu jadi makanan utama dan bukannya makanan tambahan. Ingat ye, susu bukanlah makanan utama bagi anak-anak yang dah berumur 2 tahun ke atas.



Kita kena tau jugak yang bukan susu saja sumber protein atau kalsium yang ada. Banyak lagi makanan yang ada protein, kalsium dan zat galian yang lain. Dalam hal nie, mak ayah kenalah rajin mencari maklumat..^____^.


Macam mana nak buat agar anak-anak kecil kita nie NAK MAKAN??


Mula-mula sekali cuba untuk kurangkan pengambilan susu botol. Hadkan pengambilannya. Sambil tu terangkan kepada anak kenapa kita berbuat demikian. Mak ayah kena la pandai dalam bab-bab nak “psycho” anak nie kan..Alhamdulillah. Huda dah pun berjaya kurangkan pemberian susu botol untuk Ammar dari 7-8 botol kepada 2 botol sehari. Mula-mula tu memang la a little bit challenge but I did it yeaayy!! 

Bila dah kurang susu tu, dia memang ada rasa nak makan.  Tambah-tambah Huda bagi dia Mealshakes, lagilah bertambah selera. 

Dalam video nie, ada dikongsikan sedikit pengalaman mak-mak dengan anak yang susah nak makan nie. Jomm kita saksikan…








++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Khamis, 18 Disember 2014

GLA Shaklee

Kelebihan GLA Complex Shaklee


GLA Complex Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO (evening primerose oil). Borage adalah 3 kali lebih dari segi biaovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari  EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan, Canada.

Setiap kapsul mengandungi >300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana mampu menyerap dan mengadun hingga ke dalam sel dan tisu.


Sumber asli GLA Complex


 Kebaikan GLA Complex Shaklee :


*untuk lebih info disini
**"..Do not expect immediate results; it takes six to eight weeks to see changes after adding GLA to the diet.." 



TESTIMONI GLA COMPLEX SHAKLEE











Haa..kalau nakkan GLA COMPLEX Shaklee nie, boleh  hubungi saya ataupun order terus dari Shaklee. Tapi pastikan anda mempunyai kad kredit atau kad debit. Klik jer di sini -> Saya Mahu Beli GLA COMPLEX Shaklee Terus Melalui Online

Di sini ada tutorial -> Bagaimana Caranya Menggunakan E-Sell Atau Online Ordering Untuk Beli Vitamin Shaklee . Boleh refer ye..




+++++++++++++++++++++++++++++++



** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Rabu, 17 Disember 2014

Mati Hidup Semula Dalam Dakapan Ibu

Sentuhan Kulit Ke Kulit & Penyusuan Susu Ibu


Huda ada terbaca satu artikel dalam sebuah buku, "Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu" dan terberhenti bila sampai pada sebuah kisah bayi pramatang yang bagaikan mati hidup semula dalam dakapan ibunya. Jadi Huda nak kongsikan di sini agar kita semua dapat belajar tentang sesuatu dan boleh ambil iktibar dari kisah Kate, David dan anaknya, Jamie Ogg.

Jamie Ogg dilahirkan tidak cukup bulan dan beratnya hanyalah 600 gram masa dilahirkan. Dia dan kembarnya hanya sempat berada dalam rahim ibunya selama 27 minggu. Kembarnya Emily dapat diselamatkan tetapi Jamie pula disahkan meninggal dunia oleh doktor. Doktor ingin memberi peluang kepada si ibu dan ayah, Kate dan David bagi menghabiskan saat-saat terakhir bersama bayi mereka. Kate melakukan sentuhan kulit ke kulit sebagai tanda kasih sayangnya kepada anak kecil yang belum sempat dikenalinya..



Saat-saat terakhir bersama Jamie (dalam bulatan)

Kate meletakkan Jamie di atas dadanya. Tapi Jamie hanya diam dan kaku. Kate dan David cuba untuk berbual-bual dengannya. Selama hampir 2 jam mereka bercerita tentang namanya, dan harapan mereka pada bayi kecil itu. Dan sesekali Jamie seolah-olah menarik nafas tetapi doktor mengatakan yang ianya hanyalah satu tidakan refleks dan tindakan itu adalah normal after death. 

Tak lama selepas tu, Jamie mula bergerak-gerak dan menarik nafas dengan lebih kerap dan teratur. Kate cuba memberi sedikit air susunya dengan menggunakan jarinya sendiri. Perlahan-lahan Jamie membuka mata dan memegang jari ibunya. 

Pada mulanya doktor sukar untuk mempercayainya tapi selepas jantung Jamie diperiksa, doktor hanya mampu berkata, "it was a miracle!". 



"..If we spread the word about miracles like the life of little Jamie, perhaps more parents will be encouraged to give their little ones a chance at survival and a long, healthy life.."





Alhamdulillah, dengan izin dariNya jua, kasih dan sayang seorang ibu serta dibantu oleh sentuhan kulit ke kulit, bayi pramatang ini berjaya diselamatkan. Ingatlah, belaian sentuhan, ciuman dan kasih sayang ibu adalah ubat terbaik untuk semua bayi yang baru lahir. Sentuhan kulit ke kulit dan penyusuan ibu adalah perkara yang sangat diinginkan oleh bayi kita.





Selasa, 16 Disember 2014

Makan Banyak Sebab Stress

Kalau Bad Mood / Stress Selalunya Kita Buat Apa..??


MAKAN!!!

;D

Bila mood tak menentu, kita lebih cenderung nak makan makanan yang sedap-sedap ja tanpa fikir panjang. Ehh, tapi kalau Huda, yang mana nampak Huda sebat.hehehh..Janji dapat makan, kan..Tapi, apa yang kita makan tu belum tentu dapat menghilangkan stress, MENAMBAHKAN BERAT BADAN lagi ada lerr..Cuba makan makanan yang Huda mention di bawah nie terutamanya apabila emosi tak berapa nak stabil atau moody atau stress..^__^

1. Daging - Ia mengandungi zink yang tinggi dan vitamin B yang membantu menghilangkan stress. Tak pun, jangan lupa untuk amalkan B Complex Shaklee.

2. Asparagus - Asid folik yang ada pada asparagus ini membantu menghasilkan hormon serotonin yang boleh membawa rasa bahagia dan nyaman. 





3. Susu - Kandungan protein dan kalsium yang tinggi yang apabila digandingkan bersama dengan bijirin pasti menjadikan penghalau stress dan sarapan lazat. Slurrpp!! My favourite nie..

4. Kacang Badam - Mengandungi vitamin  C dan vitamin E yang dapat melawan radikal bebas (salah satu sebab utama stress pada badan kita). Perasan tak setiap kali kita kunyah badam nie rasa puas. 







5. Blueberi - Kandungan vitamin C yang tinggi dapat membuatkan fikiran kita lebih tenang dan tahan dalam menghadapi tekanan.

6. Ikan Tuna - Ia mengandungi vitamin B6 dan B12 yang dapat menangani stress. Malah ia juga rendah lemak.

7. Sup - Sup mengandungi bahan dari protein, vitamin dan mineral lain. Membantu meningkatkan metabolisme badan dan menenangkan fikiran.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Isnin, 15 Disember 2014

Penyusuan Bayi Pramatang

Susu Ibu Bukan Sekadar Makanan Biasa


Banyak kajian telahpun dibuat. Semuanya membuktikan yang susu ibu nie adalah yang cecair yang terbaik yang perlu diberikan kepada bayi pramatang. Sebenarnya Huda baru ja tahu yang susu ibu bayi pramatang berbeza dengan susu ibu bayi cukup bulan.  Kandungan susu ibu ni mempunyai nutrien yang tepat untuk bayi pramatang. Allahuakbar, hebatnya ciptaan Dia...!


Jomm kita tengok Kelebihan Susu Ibu Bayi Pramatang nie..


  1. Lebih senang dihadam dan bayi dapat minum susu ibu dari tiub tanpa banyak masalah. Buah pinggang lebih senang memproses susu ibu.
  2. Padat dengan sumber melawan jangkitan. Sekaligus mengurangkan risiko bayi menghadapi jangkitan usus yang serius yang boleh membawa maut. Bayi pramatang benar-benar memerlukan kolostrum walaupun hanya dapat minum beberapa hari selepas dilahirkan.
  3. Lebih senang menghadamkan lemak sebab ada enzim lipase (yang bertugas dalam membantu proses metabolisme lemak)
  4. Mengurangkan risiko masalah penglihatan yang dihadapi oleh bayi pramatang.
  5. Mengandungi nutrisi yang dapat membantu usus bayi menerima makanan daripada mulut dan mengelakkan bayi sering muntah.
  6. Menggalakkan perkembangan otak dan intelektual yang lebih baik kerana susu ibu mengandungi asid lemak dan hormon-hormon yang penting untuk pembentukan otak. 

Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi Pramatang


Bagi kita sebagai ibu nie, membekalkan susu kepada bayi adalah satu terapi yang bagi Huda sangat sukar dicari. Kenapa Huda cakap macam tu? Sebabnya, iyelah, bila dah bergelar ibu nie membuatkan diri berasa sangat penting dan diperlukan oleh anak. Hanya ibu saja yang mampu untuk memberikan cecair semulajadi kepada anaknya. 

Walaupun bayi dilahirkan pramatang dan membuatkan ibu tak mampu untuk berada dekat dengan anak setiap masa , tapi ibu masih mampu untuk memberi susunya. Dan pasti akan timbul rasa gembira dan puas sebab dapat membuat sesuatu untuk kesihatan anak. Besarnya pengorbanan seorang ibu!



Makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu


Testimoni: Menyusu Anak Pramatang Dengan Shaklee


Supplement Yang In Sya Allah Membantu. Apa Yang Penting, Kita Kena Faham Konsep Demand & Supply









Alhamdulillah..kita sebagai ibu nie kena lagi kuat sama ada dari segi mental ataupun fizikal. Bukan senang nak 'kerah kudrat' nak jaga anak pramatang nie. Banyak sangat benda yang kita kena belajar. Pemakanan tu paling penting selain ilmu. Penuhkan ilmu di dada mengenai kehamilan dan kelahiran dan seterusnya tentulah mengenai dunia penyusuan nie..




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com