Khamis, 4 Disember 2014

Vitamin Kecantikkan Kulit

Wanita & Cantik : Luaran & Dalaman



Dalam entry yang lepas, Huda ada ceritakan tentang serba sedikit mengenai cara untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat melalui set lengkap NutriWhite. Memandangkan ramai dari kalangan kita nak sangat kulit yang cantik berseri, kali nie Huda nak kongsikan dengan anda semua tentang makanan tambahan yang mencantikkan kulit. 

Golongan wanita sememangnya mengalami banyak perubahan pada kulit seperti penghasilan sebum, kehilangan keanjalan dan ianya semakin berubah akibat daripada perubahan hormon sejak baligh, kehamilan dan menopaus. Dan biasanya kita akan lebihkan kepada penggunaan pencuci muka,toner, dan krim untuk mencantikkan kulit. Betulkan??

Tetapi kita mungkin kurang sedar yang vitamin dan mineral yang mencukupi tersangatlah diperlukan sekiranya mahukan kesihatan kulit ditahap optimum. Sebenarnya, apa yang kita makan adalah jauh lebih penting berbanding penggunaan produk luaran yang banyak di pasaran!




Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang tinggi antioksida seperti vitamin A, C dan E amat berkesan dalam memperbaiki kesihatan dan merawat masalah kulit. Vitamin A penting untuk kesihatan luaran dan dalaman kulit, vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen secara semulajadi dan vitamin E merangsang pemulihan dan pembentukan radikal bebas. Kekurangan zink boleh melambatkan penyembuhan luka (mostly more on jerawat batu). Zink bersama vitamin E pula menggalakkan pemulihan tisu untuk kulit baru serta membantu masalah kulit yang berparut. Kalau nak hilangkan parut jerawat lagi cepat pudar, gabungkan Vitamin E dan ESP


Google: Salah Satu Daripada Kebaikannya


Sebab itulah ye, pengambilan kombinasi vitamin yang kaya dengan antioksidan seperti yang mengandungi beta karotena, vitamin C dan vitamin E adalah sangat baik. Antioksidan secara amnya boleh didapati melalui sayur-sayuran seperti bayam, labu, tomato lobak merah dan sebagainya. Dan sudah pastinya, anda boleh manfaatkan kesemuanya melalui pengambilan vitamin.


Google: Alhamdulillah...


Google: Alhamdulillah..Serasi



Seronok kan? Kita pun tumpang happy bila tengok kulit wajah yang semakin sihat berseri. Siapa yang tak nak...betul tak?? ^_^* 
Orait. Macam biasa kalau ada sebarang kemusykilan/berminat/nak tahu lebih lanjut tentang vitamin superb nie, boleh cari Huda ye...




++++++++++++++++++++++++++++++


** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com


Rabu, 3 Disember 2014

Set Lengkap NutriWhite

Nutriwhite Penyeri Wajah


Siapa setuju wanita dan kecantikan adalah sinonim, bagaikan isi dan kuku? Setujukan..;D. Dan untuk kekal cantik golongan wanita ini sanggup berhabisan untuk mendapatkan sesuatu produk yang dapat memberikan apa yang diinginkan. Kiranya try and error. Walaupun tidak pasti tentang keberkesanannya namun golongan ini sanggup melakukan apa saja asalkan hajat tercapai. 

Ramai yang masih tidak menyedari akan kehadiran set penjagaan wajah NutriWhite keluaran Shaklee walaupun telah enam tahun berada di pasaran. Selari dengan matlamat Shaklee, kehadiran NutriWhite merupakan hasil inovasi dalam penjagaan kulit dengan gabungan 16 sumber nutrien semulajadi. Formula ini diperkaya dengan vitamin C. Produk penjagaan wajah NutriWhite memberi penekanan dalam kecerahan kulit, membantu melicinkan permukaan kulit agar kelihatan lebih segar dan 'glowing'.

Setiap produk NutriWhite membantu mencerahkan kulit kusam dan meratakan tona kulit yang tidak sekata dengan 5 cara berbeza. Apabila ke semua kombinasi produk ini digunakan, 5 cara tindakan tersebut akan memutihkan kulit dengan lebih cepat dan berkesan.

 NutriWhite Bertindak Melalui 5 Cara




Jomm kita tengok produk yang hebat ini pula..!


7 Produk Lengkap NutriWhite & Fungsinya


Testimoni..





Teruja kan? Haa..lebih seronok kalau beli set lengkap ni. Sebab kita akan dapat satu beg istimewa tau. Dan harganya setanding dengan barang yang ada di dalam set NutriWhite ini.


++++++++++++++++++++++++++++++



** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Selasa, 2 Disember 2014

Bagaimana Untuk Mengekalkan Kulit Wajah Yang Sihat?

Pernahkah anda jadi sebegini..??

"..ishh, aku rasa aku dah cuci bersih dah muka ni tapi kenapa jerawat masih tumbuh? Kenapa liang pori semakin jelas?? Kenapa jadi macam nie?? Apa yang tak kena..?"

Haa..kita kena tahu yang membersihkan wajah bukan sekadar basuh macam tu dengan pencuci saja tau. Asalkan anda mengikut cara yang betul dan rajin mengamalkannya, pasti kulit wajah idaman akan menjadi milik anda. Jomm kita tengok apa yang harus dilakukan..!


BERSIHKAN WAJAH ANDA!



1. Wajah haruslah dibersihkan dengan teliti. Setiap bahagian wajah yang disolek mestilah dibersihkan dengan sempurna. Kalau boleh tengok cermin dan lihat sekiranya masih ada bahagian yang tidak bersih. Cuba lebihkan dibahagian yang dioles dengan bedak. 


2. Anda harus tahu pencuci bagaimana yang sesuai dengan struktur kulit anda. Pastikan jenis kulit anda sama ada jenis kering, normal atau berminyak. Hal ini sangatlah penting kerana setiap jenis kulit memerlukan set penjagaan yang berbeza. Kulit di sekitar mata merupakan bahagian yang paling sensitif. 

3. BAHAGIAN YANG SELALU DIABAIKAN! Iaitu mengenakan toner/penyegar wajah. Tips yang paling baik untuk menggunakan penyegar/toner adalah dengan memastikan setiap bahagian pada kapas, basah supaya sapuan lebih rata. Untuk makluman anda, apabila kita mencuci muka, ia akan membuka liang pori untuk dibersihkan. Penggunaan penyegar /toner adalah untuk 'mengutip' setiap sisa kotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh pembersih wajah selain bertindak sebagai merapatkan/mengecilkan semula liang pori yang terbuka. Sebolehnya, cuba elakkan penyegar/toner yang mengandungi alkohol kerana ia akan mengeringkan kulit dan tidak sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.

4. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan penyegar/toner, anda boleh menggunakan air. Tetapi, jangan sesekali menggunakan air panas kerana ia akan merangsang liang pori untuk membesar. Air yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk adalah yang terbaik. Setelah selesai membersihkan wajah, jangan lupa untuk lapkan sehingga wajah benar-benar kering.


5. TAHUKAH ANDA, membersihkan wajah bererti kelembapan semulajadi pada kulit akan hilang. Tetapi tidaklah begitu ketara. Oleh itu, setelah selesai membersihkan wajah anda, sapulah krim pelembap...



Orait. Memandangkan anda dah betul-betul tahu tentang langkah-langkah asas untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat, untuk entri yang seterusnya, Huda akan kongsikan dengan anda semua tentang satu rangkaian produk yang TERBAIK dan in sya Allah akan memenuhi keinginan anda untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan lebih cantik..

Tunggu tau..

^__^*



++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **



Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com























Isnin, 1 Disember 2014

Set Kesuburan Shaklee



"...indahnya damainya keluarga yang bahagia..
   ...itulah idaman impian setiap insan...
      ...yang dahagakan belaian serta kasih dan sayang..."



Bukan mudah menjalani kehidupan berumahtangga tanpa kehadiran cahayamata. Kahwin dah lama TETAPI belum mempunyai zuriat. Set kesuburan dapat membantu anda.Kita berusaha Allah yang menentukannya. Ingat, jangan kerana belum memiliki zuriat, rumahtangga suram dan 'masam'. Jomm kita tengok apa yang dapat membantu kita untuk mendapatkan kembali 'seri yang suram'..



WANITA

1. GLA COMPLEX SHAKLEE

  • Membantu menstabilkan hormon
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid supaya teratur
  • Membantu meningkatkan kesuburan (memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi-memudahkan pergerakan sperma ke uterus) 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) – abdominal pain, breast pain 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi mengelak risiko keguguran

2. ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

  • Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  • Menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (mengetatkan keintiman wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Meningkatkan stamina seorang suami & isteri.


LELAKI

1. VITAMIN E (Vitamin Malam Jumaat..hihii)

  • Meningkatkan kualiti & meningkatkan "sperm count"
  • Membantu dalam masalah "mati pucuk"
  • Meningkatkan libido (keinginan seks)
  • Mengurangkan risiko keguguran ketika hamil bagi wanita.


2. ZINC COMPLEX
  • Meningkatkan fungsi organ seksual
  • Menghasilkan sperma yang lebih berkualiti & sihat
  • Membantu memekatkan air mani
  • Meningkatkan jumlah sperma
  • Meningkatkan keaktifan sperma (motility sperm)
  • Membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam vagina.
  • Mencegah dari kemandulan




Set Kesuburan Untuk Suami & Isteri



++++++++++++++++++++++++++++++



Haa..kalau nakkan Set Kesuburan Shaklee nie, boleh  hubungi saya ataupun order terus dari Shaklee. Tapi pastikan anda mempunyai kad kredit atau kad debit. Klik jer di sini -> Saya Mahu Beli Set Kesuburan Shaklee Terus Melalui Online

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com








Ahad, 30 November 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 2.0


Assalamualaikum..

Memandangkan hari ini hari Ahad jadi Huda nak buat lagi satu entry berkaitan dengan PETUA..
Last week kita ada petua untuk hilangkan kuning baby (jaundis), petua kurangkan jerawat, petua hilangkan bau ketiak, dan sebagainya. Kali ini Huda nak tambah lagi 4 jenis petua..
Jomm kita..


Ulam Raja Banyakkan Susu Ibu

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, amalkan memakan ulam raja bersama nasi untuk memperbanyakkan susu badan. Di samping itu, ia juga baik untuk awet muda. Selain ualam raja, kita juga boleh amalkan dengan memakan sawi, halba, minuman soya yang sudah pastinya ESP SHAKLEE, ALFALFA SHAKLEE, lobak dan lain-lain lagi.

Buah Mengkudu Hilangkan Kelemumur

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kelemumue, ambil 3 biji buah mengkudu yang sudah tua. Campurkan dengan sedikit air. Kemudian ramas dan tapis. Guna air tersebut untuk dilumurkan pada kulit kepala yang berkelemumur itu. Biarkan selam 5 minit dan kemudian cuci seperti biasa. Boleh diamalkan sehingga kelemumur hilang.

Air Tapai Penawar Bisa

Jika anda digigit lipan, sapukan air tapai pulut pada bahagian yang disengat. In sya Allah, berkurangan sakit itu.

Petua Rawat Demam Denggi

Bagi mengurangkan gejala demam denggi, ambil 3 tangkai daun betik jantan. Kisar dengan sedikit garam dan air. Tapis airnya dan minum 2 kali sehari.


Orang dulu-dulu macam tu lah ye. Banyak petua yang kadang-kadang kita sendiri pun tak pernah dengar. Ye lah. Dulu-dulu mana kenal dengan Shaklee kan. Jadi mereka ni lebih kepada penggunaan bahan semulajadi. 

Oklah..
Tunggu minggu depan pula ye untuk lain petua.
Manalah tahu ada petua masakan pula kan..hihii
Bye....

^___^*

Terima Kasih Google..hihii


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Sabtu, 29 November 2014

AIR ASAM BERKERISIK

SEGMEN RESEPI: AIR ASAM BERKERISIK


Baru tengok saja TAPI terliur tahap jingga! Hehee..
Tapi betul tau..
Sedap sungguh sampai tak tahu nak cerita macam mana!
Sebenarnya resipi Air Asam Berkerisik tu Huda dapat dari "muka buku"..
Mak saudara Huda yang start dulu..hahaa
Saja nak kongsikan di sini..
Dengan korang semua..
Tapi Huda tahu..
Korang semua lagi expert dalam bab nak buat air asam yang macam dalam gambar tu kan..
Jomm tengok apa bahan-bahannya..




Ihsan: Pesan Nenek 

Bahan-Bahannya:

Bahan A
** 3 biji cili merah
** 15 cili api
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
Bahan B
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara Membuatnya:

Di dalam lesung, tumbuk bahan A hingga lumat. (Mesin pun boleh)
Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan saja.
Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja saja.
Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
Masukkan bahan tumbuk/mesin, gaul rata.
Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
Siap!!

Makan dengan nasi panas-panas + ikan bakar. Tak kiralah ikan pari ataupun ikan kembung a.k.a temenung. Fuhh, terangkat habis!! 
Silap haribulan, mak mertua lalu pun tak perasan..hihii
Hmm okay lah. 
Jumpa lagi minggu depan okay..
Bye..!!
^___^*





Jumaat, 28 November 2014

Kaitan Makan Dan Kanser Serviks

Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?
Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.
  • Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
  • Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim
  • Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?
Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:
  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  • Pendarahan selepas putus haid
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Penambahan lelehan dari faraj
  • Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.



Ihsan Google

Menurut seorang pakar perubatan dari Hospital Hiranandani, India, satu pertiga kes kematian membabitkan kanser serviks adalah disebabkan pola diet yang salah. Sebenarnya peryakit ini boleh dicegah dengan mengambil beberapa jenis makanan seterusnya mempraktikkan diet yang baik untuk kesihatan. Antara yang disyorkannya adalah:

Kaya Vitamin A


  • banyak makanan yang kaya dengan vitamin A. Antaranya ialah lobak merah, oren, telur tuna serta produk tenusu


Kaya Vitamin B Folat


  • bagi mencegah kanser serviks, seseorang individu perlu mengambil makanan yangkaya dengan B Folat. Ia kemudiannya bertindak membantu menurunkan paras homocysteine dan zat yang boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal pada serviks. 
  • antara makanan yang dikenalpasti ialah brokoli, kubis dan lain-lain lagi.

Kaya Bahan Antioksidan



  • Buah avokado memang terkenal sebagai bahan antioksidan yang tinggi. Pada masa yang sama, ia juga mampu melawan radikal bebas sekaligus dapat mencegah dari berkembangnya kanser.
  • Selain avokado; bluberi, lada, ceri, dan ikan salmon juga boleh diamalkan.
  • Menurut Pakar Pemakanan dari Shaklee, penyakit kanser tidak dapat dielakkan tetapi risikonya masih boleh dikurangkan. Antaranya kita digalkkan untuk mengambil banyak makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Ini kerana antioksidan dapat menstabilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh badan kita. 
  • Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa asid lemak omega-3 dapat membantu mencegah kanser. Tetapi buat masa ini, masih tiada bukti dan kajian saintifik yang kukuh yang dapat mengesahkan bahawa asid lemak omega-3 dapat membantu mencegah serangan kanser.



Kaya Polyphenol & Flavonoid



  • Pengambilan teh hijau, minyak zaitun, anggur merah, tomato, kacang merah, kacang tanah dan lada amatlah sangat digalakkan bagi membantu mencegah penyakit kanser. 
  • Kandungan polyphenol dan flavonoid dikatakan membantu menyekat penularan sel-sel tersebut.



Sumber: Mingguan Wanita


++++++++++++++++++++++++++++++


** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com