Betul ke bayi lelaki lebih kuat menyusu daripada bayi perempuan?
Oppss! Jom kita skodeng2 dulu info ni
"Kenali Personaliti Penyusuan Si Manja Anda"
Biasanya lah kan, kita nie selalu dok ingat yang bayi lelaki nie minum lebih banyak & lebih excited daripada bayi perempuan. Kiranya baby boy kuat nyusu lah orang kata. DAN yang selalu huda dok dengaq ( masa dlm tempoh nyusu anak no 2) bayi yang kerap menyusu & terlalu lama jarak penyusuan menunjukkan yang si ibu nie xdak susu @ susu tak cukup. Sebab tu anak kerap je ‘melekat’ dengan kita.
Hishh, BETUL ker derr??
Yang sebenarnya
ye, bayi nie macam kita la jugak. Ada PERSONALITI masing2. Menurut kajian dari
Universiti Yale tentang bayi yang menyusu badan nie menunjukkan bahawa SETIAP
BAYI MENYUSU BADAN MEMILIKI PERSONALITI YANG BERBEZA.
Ada 5 jenis
kategori..
Barracuda, excited-inefective,
proscrastinator, gourmet dan rester.
Apa dia tu hah??
Haaa…mai kita teruskan menyelam….
1. Barracuda
Bayi yang berpersonaliti barracuda ni boleh dikatakan jenis yang kuat minum susu. Mereka ni tak sabar2 nak menyusu, mungkin mengamuk bila ibu lambat sikit. Jarak penyusuan pun mungkin tak panjang, dalam 10-20 minit dah mintak susu. (ehh, macam ank yg no 2 jaa..)

Penyelesaian : Ibu kena ambil masa
untuk belajar posisi dan cara latching yang betul SEBELUM bayi mintak susu.
Sebab dia ni jenis tak sabar, bila dia dah nak tu tak boleh tunggu2 dah, jadi
gunakan masa dia tengah tenang untuk berlatih.
Potensi nak dapat nipple crack sangat tinggi
Potensi nak dapat nipple crack sangat tinggi
2. Exicted-Ineffective
Bayi jenis nie macam tak sabaq, tapi
bila time nyusu suka main2. Gelak-gelak bagai & bila tak dapat nyusu dengan
sempurna, dia frust plak..
Penyelesaian : Susukan dia masa dia
tengah mamai : baru bangun tidur atau time2 lalok nak tidur. Kena selalu ‘burp’
bayi jenis ni, Sebab dia senang kembung.
3. Procrastinator
Yang nie jenis mencabar sikit. Jenis
yg high-expectation. Demand. Masa susu ibu belum ada & baru ada kolostrum
dia dah demand nak susu. Biasanya ibu yang ada bayi jenis procrastinator ni
akan terdorong nak bagi susu formula.. Yelah bayi ansyik menangis je kan..Siapa
tak gelabah…
Ehh, JANGAN le bagi susu formula.
Penyelesaian : Teruskan menyusu dan
stimulasi berterusan. Ibu perlukan sokongan yang padu dan kesabaran yang
tinggi. In sya Allah cuma untuk 3-4 hari ja ponn..
4. Gourmet
Gourmet ada kaitan dengan seni
presentasi makanan. Jadi bayi jenis ni suka menikmati keindahan makanan dia
dulu sebelum makan. Dalam kes ni, dia suma main2 dengan puting ibunya.
Tapi kalau dia dah boring dan nak mula menyusu, dia akan menyusu sampai habis!
Penyelesaian : Ibu kena sabar & susukan bayi di tempat tenang supaya takde lah rasa 'penat' sangat bila nak kena layan bayi Gourmet ni..

5. Rester
Jenis bayi yang minum lambat-lambat
(biar lambat asal selamat..haha). Siap boleh pause lagi. Sesi penyusuan pun jadi
lama. Kadang2 sampai sejam duk menyusu. Kadang2 sampai tertidur masa menyusu.
Penyelesaian : Ibu jangan risau sebab makin lama bayi makin belajar bahawa bukannya best pun minum sikit2, lambat kenyang. Lagipun kalau masih dalam pantang kan tak buat apa, Layankan saja lah. Tapi awas kalau berat badan dia tak naik2. Bawalah berjumpa pakar dalam bidang penyusuan sebab takut memang dia tak cukup susu, yelah asyik tidur saja.

Haa…Moh
kita mengelamun sebentar sambil fikir. “..Anak aku nie jenis yg macam mana..?”
Lepas nie jangan lerr risau sangat kalau anak kuat nyusu @ kurang nyusu. Kalau
baby sihat, ceria, berat pun bertambah nak risaukan apa lagi dak?? Apa yang
penting, kita enjoy and seronok untuk menyusukan anak..
ehh, tetiba plak kluar gambar kartun..hehee
Macam biasa ye, kalau nakkan set penyusuan lengkap boleh je klik sini...